A- A A+
 faq  phone  compose  sitemap
 Soalan 
Lazim

Hubungi 
Kami 

 Aduan dan
Maklum Balas

Peta
Laman 
  • main header

  • Untitled 2 01
  • emerald

  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Aktiviti Terkini PPANS

    Masukkan Emel Anda:

  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • NS Fest 2019
    NS Festival 2019 bakal berlangsung pada Oktober ini!
    Gabungan 3 acara besar bakal berlansung iaitu NS Food Festival, Hari Peladang Peternak dan Nelayan N.Sembilan dan Arena Usahawan.
    Pelbagai aktiviti menarik di sajikan kepada para pengunjung!
     
    Apa tunggu lagi jom set tarikh anda ke sini!
     17 - 20 Oktober 2019
     Dataran Nilai, Negeri Sembilan
     10.00 pagi - 10.00 malam


    Hebatkan Nogori!
    Take Note Gais! Jumpa anda disana. Jom pakat share!
    #nsfestival2019
    #Lembagapelancongannegerisembilan
    #inibarurare
     
    Klik di sini untuk muat turun aturcara harian NS Food Festival, Hari Peladang Peternak dan Nelayan N.Sembilan dan Arena Usahawan 2019
  • TIADA TENDER/SEBUTHARGA PPANS BUAT MASA INI

     
  • arrow2Dasar Terbuka Sektor Awam (DATASET)

    Portal Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di  Persidangan CIO ASEAN  2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.Portal ini telah dinaik taraf dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini.  Pada awal tahun 2016, portal versi beta telah menggantikan portal sedia ada.  Kini, portal versi beta telah dinaik taraf kepada portal versi terkini.

  • Harap maaf, tiada tawaran Jawatan Kosong buat masa ini

  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • Seminar ini telah diadakan pada 7 Oktober 2019 bertempat di Klana Resort, Seremban program ini adalah kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Seminar dimulakan dengan slot pertama oleh YBrs. Drs. Shamsuddin bin Ahmad, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan bertajuk Peranan Bonda Kanduang. Seterusnya slot kedua oleh Puan Norsiah binti Hamzah, Ibu Soko Suku Raja Belang Luak Johol dan slot ketiga oleh YBrs. Tuan Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan bertajuk Peranan wanita dalam Islam. Seterusnya Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YB. Tuan Muhamad Nazaruddin bin Sabtu Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan Darul Khusus. Turut hadir dan menyertai majlis adalah YBrs. Puan Hjh Jamilah @ Chumila Bt Hj. Katis Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan bersama 2 orang pegawai PPANS.
  • Program Bukit Melati Fun Trail sempena Bulan Sukan Negara Peringkat Negeri Sembilan 2019 NILAI-5 Oktober 2019 (Sabtu) Bukit Melati Nilai. Telah Berlangsung Program Bukit Melati Fun Trail sempena Bulan Sukan Negara Peringkat Negeri Sembilan 2019. Program ini anjuran Majlis Perbandaran Nilai dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban. Turut bekerjasama didalam program ini Kelab Kecergasan Energetic Gemilang Seremban untuk Senamrobik Fit@Community Daerah Seremban dan Malaysian Outdoor Recreation United (M.O.R.U) bertugas sebagai Jawatankuasa Teknikal Pelepasan peserta di laksanakan oleh YB. Teo Kok Seong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru merangkap Ahli DUN Bahau. Turut hadir bersama-sama memeriahkan majlis adalah Tuan Pegawai Daerah Seremban En. Mohd Nizam bin Tajul Arus, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Nilai YBhg. Dato' Haji Zazali Bin Salehudin dan juga Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan En. Nor Azli Bin Mohamad Daud juga ketua- ketua agensi yang lain. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan turut menghantar peserta bagi memeriahkan program yang berlangsung
  • MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL SASTERA KANAK-KANAK 2019 DI PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA Program ini telah diadakan pada 4 Oktober 2019 bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Dua pegawai PPANS telah sama hadir untuk memenuhi jemputan serta memeriahkan majlis tersebut. Program yang menyokong Kuala Lumpur Sebagai Ibu Kota Buku Dunia UNESCO 2020 ini bertujuan menjadikan sastera kanak-kanak dan awal remaja sebagai salah satu komponen penting dalam menyokong pembelajaran sepanjang hayat seterusnya mengembangkan pengkaryaan dalam sastera
  • Penyampaian Sumbangan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan kepada Tn Hj Marzuki Bin Hj Kidam owner Pusat Tahfiz Al-Quran Kg Talang yg baru sahaja dilanda musibah. Sumbangan berupa cek, 11 naskah Al-quran, dan buku2 sebagai bahan bacaan. Turut sama menyampaikan sumbangan ialah En Hussin pegawai Niosh
  • Kursus Anjuran Perpustakaan Awam K.Pilah bersama Pejabat Pendidikan Daerah K.Pilah. KURSUS ASAS PENGENDALIAN PERPUSTAKAAN KEPADA GURU DAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN SEKOLAH DAERAH KUALA PILAH TARIKH: 2HB OKT 2019 TPT: PEPR. AWAM K.PILAH MASA: 8.OOPG -4.30PTG Terima Kasih atas kerjasama PPD & PKG Daerah K.Pilah.
  • MAJLIS PERASMIAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM KEMPEN MERAKYATKAN BUDAYA MEMBACA PERINGKAT DAERAH JEMPOL 2019 Tarikh : 3 Oktober 2019 Tempat : Perpustakaan Awam Cawangan Jempol Masa : 11.30 pagi Majlis dirasmikan oleh YBhg. Tuan Mas Midyawan Bin Yahya Pegawai Daerah Jempol Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Gerakan Membaca Daerah Jempol) turut hadir YBhg Puan Hjh Jamilah @ Chumila Bt Hj Katis Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.
  • Majlis Pelancaran Bulan Pusat Sumber Sekolah Sedunia Peringkat SK Taman Semarak, Nilai telah berlangsung pada 1 Oktober 2019 (Selasa) di Sk Taman Semarak, Nilai.
  • Kempen Dekad Membaca Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah Kuala Pilah telah diadakan pada 28 Setember 2019 bertempat di Perpustakaan Desa Kg Kuala Serdang Kuala Pilah. dirasmikan oleh YB Tuan Eddin Syazlee Shith Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Pilah. Turut hadir Pegawai Daerah Kuala Pilah, YBhg Tuan Syahrul Nizam Saleh dan En Hamdan Bin Hj Nordin Timbalan Pengarah PPANS.
  • Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Bil 1/ 2019 telah diadakan pada 26 September 2019 di Bilik Mesyuarat 2 Level Mezzanine Perpustakaan Negeri, Seremban. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Dato' Dr. Razali Bin Ab. Malik Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi PPANS, YB Tuan Mohamad Nazaruddin Bin Sabtu Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan, Ahli Lembaga Pengarah YB Mohd Khidir Bin Majid Pegawai Kewangan Negeri Sembilan, YBhg Tuan Edy Irwan Bin Zulkafli Wakil Ketua Pengarah PNM dan YBhg Puan Hjh Jamilah @ Chumila Bt Hj Katis Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) selaku Setiausaha mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PPANS.
  • Kontinjen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan ketika menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 62 Peringkat Negeri Sembilan 31 Ogos 2019| Padang MPS #sayangimalaysiaku #malaysiabersih #merdeka62
  • Bersama- sama komuniti seluruh negara membaca Al-Quran sempena Quran Hour Malaysia
  • Al-Fatihah Dukacita dimaklumkan Tuan Haji Samsudin Bin Hamidan mantan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah kembali ke rahmahtullah pada 17 Ogos 2019 Jam 10.42 Malam. Jenazah sedang diuruskan dan akan dibawa ke kediamannya di Taman Paroi Jaya. Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al Fatihah kepada Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh.