A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • LOGO

    Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.


  • overdrive logo

    Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer . PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android) .

     

    Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia". Sila gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)- apabila diminta oleh sistem portal/aplikasi mudahalih Libby), ketika anda hendak meminjam atau membaca e-buku secara dalam talian.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • BLIS NEW LOGO
     
    Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<
  •  

    Pressreader

    Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • UNiLibrary logo

    UN iLibrary adalah sebuah repositori digital khusus yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyediakan akses secara komprehensif bagi memudahkan anda membuat carian kepada sumber-sumber rujukan dan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia memudahkan Pustakawan, pakar maklumat, cendekiawan, pelajar, penggubal dasar, orang yang berpengaruh dan orang awam yang ingin mengakses kepada pelbagai terbitan, jurnal, data, laporan serta terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UN iLibrary menyediakan enjin carian serta kaedah navigasi yang fleksibel dan cekap bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diingini. Setiap tahun, kira-kira 500 tajuk baru akan dimuatnaik ke UN iLibrary. Kira-kira 70% kandungannya dalam Bahasa Inggeris dan ia meliputi topik-topik berikut: Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Perhutanan; Kanak-kanak dan Belia; Demokrasi dan Tadbir Urus; Perlucutan senjata; Dadah, Jenayah dan Keganasan; Pembangunan Ekonomi dan Sosial; Persekitaran dan Perubahan Iklim, Hak Asasi Manusia dan Pelarian; Penyelesaian Manusia dan Isu Bandar, Undang-undang dan Keadilan Antarabangsa; Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa; Penghijrahan; Sumber Asli, Air dan Tenaga; Pengaman dan Keselamatan; Penduduk dan Demografi; Kesihatan Awam ; Pengangkutan dan Keselamatan Awam; Bangsa-Bangsa Bersatu; Isu Wanita dan Jantina. Kandungan disusun mengikut tajuk, tahun penerbitan dan mengikut abjad. Enjin carian juga tersedia.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    OokbeeBuffet icon175x175

    Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 Video 2 .

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • elaw Logo

    Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • daulat tuanku 2026
  • logo library PPANS
     
    www.nslibrary.gov.my
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
    Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2, 70300 Seremban
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No. Telefon : 06-7635989
    No. Fax : 06-7635944




Dasar Privasi

Privasi anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama-sama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.


Maklumat yang dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.


Apa yang akan berlaku jika saya membuat pautan kepada Laman Web yang lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.


Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemaskini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama-sama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu.

  • PENGIKTIRAFAN KEBERSIHAN TANDAS AWAM BERTARAF 5 BINTANG
  • PERHIMPUNAN NS 2026
  • KEMENTERIAN PERPADUAN MALAYSIA
  • lawatan tapak indonesia
  • casalibro MB
  • sentuhan komuniti 2025
  • persaraan 2025
  • perhimpunan2025
  • MAJLIS PERASMIAN GALERI PUSAT RUJUKAN PERADABAN DAN PENYELIDIKAN KETAMADUNAN ADAT PERPATIH SEDUNIA PRADAKAPS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
  • lawatan abd kadir
  • integriti 2025
  • PENGIKTIRAFAN KEBERSIHAN TANDAS AWAM BERTARAF 5 BINTANG 15 Januari 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima Pengiktirafan Kebersihan Tandas Bertaraf 5 Bintang sekali gus meletakkan PPANS sebagai antara organisasi terbaik di Negeri Sembilan yang berjaya mencapai piawaian kebersihan dan pengurusan fasiliti yang cemerlang. Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian membanggakan hasil komitmen berterusan PPANS dalam menyediakan kemudahan awam yang selesa, bersih dan mesra pengguna kepada pengunjung perpustakaan. Penyampaian sijil pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh Encik Chong Say Hoo, Ahli Majlis Bandar Raya Seremban. Penyampaian ini menandakan penghargaan rasmi pihak berkuasa tempatan terhadap usaha dan pencapaian PPANS dalam memenuhi kriteria tandas awam bertaraf tinggi. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PERHIMPUNAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026 13 Januari 2026 - YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) bersama warga kerja PPANS telah menghadiri Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2026 sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap hala tuju pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Perhimpunan ini telah berlangsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad. Dalam majlis yang sama, PPANS berbesar hati dapat mengadakan sesi pelancaran buku bertajuk “Negeri Sembilan: Warna dan Garis” yang diterbitkan oleh PPANS. Pelancaran buku tersebut telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, sekali gus menyerlahkan peranan PPANS dalam memperkaya khazanah ilmu, dokumentasi budaya dan warisan Negeri Sembilan. Buku ini merupakan cetusan idea YAB Menteri Besar Negeri Sembilan bersempena dengan penganjuran Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 bertujuan untuk memperkenalkan keunikan, sejarah, budaya dan keindahan Negeri Sembilan kepada masyarakat umum.
  • 12 Januari 2026 - YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Permohonan Program / Projek Baharu Pembangunan (DE) Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RP2 RMK13) Tahun 2027 yang diadakan di Kementerian Perpaduan Negara, Putrajaya. Mesyuarat tersebut diadakan bagi menyelaras dan menilai cadangan permohonan program serta projek pembangunan baharu selaras dengan perancangan pembangunan negara di bawah RMK13. Dalam mesyuarat berkenaan, YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin telah membentangkan permohonan projek pembangunan perpustakaan negeri yang baharu yang bertujuan untuk memperkukuh prasarana ilmu, meningkatkan akses maklumat serta menyokong agenda pembudayaan ilmu dalam kalangan masyarakat Negeri Sembilan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Khairulizam bin Othman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan dan Pembangunan (BKEP). Sesi pembentangan dan perbincangan yang berlangsung telah memberi ruang kepada pihak PPANS untuk menjelaskan secara terperinci keperluan dan impak pelaksanaan projek yang dicadangkan demi manfaat rakyat dan pembangunan sektor perpustakaan awam. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • KUNJUNGAN HORMAT INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI LAKSAMANA BENGKALIS, INDONESIA KE PPANS 20 Disember 2025 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Datuk Laksamana Bengkalis, Indonesia, dalam usaha menjalinkan hubungan kerjasama serta pertukaran pandangan dalam bidang pendidikan, dakwah dan pengurusan ilmu. Kunjungan tersebut diketuai oleh Dr. Jarir Amrun, Timbalan Rektor I, Institut Agama Islam Negeri Datuk Laksamana Bengkalis, Riau. Beliau turut diiringi oleh Dr. Decky Saputra, Pensyarah Institut Agama Islam Negeri Datuk Laksamana Bengkalis, Riau, serta Wan Azman, calon siswazah institut berkenaan. Turut serta dalam kunjungan ini ialah Dr. Khazri bin Osman, Pensyarah Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Rombongan telah disambut mesra oleh Encik Berembi Bin Haji Berahim, Ketua Zon Pelanggan Seremban PPANS bersama Encik Firdaous bin Ramin dari Unit Korporat PPANS. Diharapkan kunjungan hormat ini dapat membuka laluan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan, khususnya dalam memperkasa budaya ilmu, penyelidikan dan pembangunan sumber pengetahuan serantau.
  • PENYERAHAN RUMAH BUKU (CASA LIBRO) DI PEJABAT MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN 10 Disember 2025 5.00 petang Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan Pada 4 November 2025 yang lalu kumpulan Toshokan yang mewakili Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah memenangi Pertandingan Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 yang telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. YAB Menteri Besar Negeri Sembilan telah menyatakan hasrat untuk menempatkan Rumah Buku (Casa Libro) di Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai usaha memperkukuh budaya ilmu dalam kalangan warga pentadbiran negeri. Sehubungan itu, hari ini kumpulan Toshokan telah mengadakan sesi penyerahan rasmi Rumah Buku (Casa Libro) kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Sokongan dan inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah proaktif yang mampu memperluaskan akses kepada bahan bacaan serta menyemarakkan lagi budaya membaca dalam kalangan warga kerja kerajaan negeri serta pengunjung Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS yang sentiasa memberi sokongan penuh terhadap usaha dan pencapaian kumpulan Toshokan.
  • PROGRAM SENTUHAN KOMUNITI BESTARI 2025 6 Disember 2025 - Perpustakaan Desa Taman Intan Perdana, Port Dickson telah menganjurkan Program Sentuhan Komuniti Bestari 2025 bertempat di kawasan perpustakaan tersebut. Program bermula seawal jam 7.00 pagi dengan penganjuran acara Fun Walk, yang disertai oleh masyarakat setempat terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Acara ini bukan sahaja menyemarakkan suasana awal pagi malah menggalakkan gaya hidup sihat. Majlis turut diserikan dengan kehadiran dan perasmian oleh YB Dr. Rajasekaran A/L Gunnasekaran, ADUN Sri Tanjung, Port Dickson merangkap Ahli Lembaga PPANS. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program antaranya Pertandingan Masakan Lomak Cili Api, Fun Walk Terbuka, Pertandingan Bercerita Online, Pertandingan Mewarna Berkeluarga dan Pertandingan Trail of Knowledge. Kesemua aktiviti mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat khususnya golongan keluarga dan remaja dalam usaha untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti perpustakaan. Selain itu, program turut mengadakan cabutan bertuah bagi menghargai kehadiran para peserta.
  • MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN PPANS 24 November 2025 2.00 petang Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Sebagai mengenang jasa dan keringat serta khidmat bakti, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah mengadakan Majlis Persaraan bagi meraikan kakitangan yang bersara setelah menabur bakti berkhidmat di PPANS. Kakitangan yang diraikan adalah Puan Zaidah Ahamad yang telah berkhidmat di PPANS sejak 16 Januari 2001. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS yang telah menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Puan Zaidah. Beberapa rakan sekerja turut menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan dan penghormatan atas jasa beliau selama ini. Kami seluruh warga kerja PPANS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zaidah binti Ahamad kerana menjadi sebahagian tenaga kerja warga PPANS dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Semoga persaraan ini dipenuhi dengan kebahagiaan dan kejayaan yang berpanjangan serta diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia disamping keluarga tercinta. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PERHIMPUNAN WARGA KERJA BIL. 2/2025 DAN MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH WARGA KERJA PPANS 24 November 2025 8.00 pagi Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan disusuli bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Mohd Nizam bin Yunus (Unit Kewangan PPANS). Seterusnya, lafaz ikrar penjawat awam dipimpin oleh Encik Yusrizal bin Ani (Unit Korporat PPANS). Majlis ini turut diserikan dengan ucapan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Majlis diteruskan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Puan Normaliza binti Jaafar, Penolong Kanan Penguasa SPRM Negeri Sembilan yang bertajuk “Isu Rasuah dalam Perkhidmatan Awam”. Kemuncak program ialah sesi lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dipimpin oleh Encik Uzair (Unit Teknologi dan Komunikasi PPANS) diikuti bacaan bersama oleh seluruh warga kerja PPANS sebagai simbol tekad menolak rasuah dan salah guna kuasa dalam perkhidmatan. Majlis turut menyaksikan acara menandatangani dokumen Ikrar Bebas Rasuah oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS dan disaksikan oleh YBrs. Encik Mohd Adib bin Othman, Pemangku Penguasa SPRM Negeri Sembilan. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MAJLIS PERASMIAN GALERI PUSAT RUJUKAN PERADABAN DAN PENYELIDIKAN KETAMADUNAN ADAT PERPATIH SEDUNIA (PRADAKAPS) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR 14 November 2025 - YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Galeri Pusat Rujukan Peradaban Dan Penyelidikan Ketamadunan Adat Perpatih Sedunia (Pradakaps) Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar yang telah berlangsung di Balai Kerapatan dan Galeri Pradakaps, IPGKRM. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, EXCO (Kanan) Kerajaan Negeri Sembilan mewakili YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • LAWATAN KERJA DARIPADA YAYASAN KADIR & FATIMAH 13 November 2025 - Perpustakaan Tan Sri Kadir Yusof telah menerima lawatan kerja daripada Yayasan Kadir & Fatimah yang diketuai oleh Datuk Ali Kadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan tersebut. Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak. Kehadiran Datuk Ali Kadir dan rombongan dari Yayasan Kadir & Fatimah disambut mesra oleh Encik Berembi Bin Haji Berahim, Ketua Zon Pelanggan Seremban yang mewakili pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS).
  • PROGRAM SAMBUTAN HARI INTEGRITI DAN HARI ANTI RASUAH ANTARABANGSA PERINGKAT PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025 13 November 2025 8.00 pagi Dewan Theatrette, Wisma Negeri YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) bersama beberapa orang pegawai menghadiri Program Sambutan Hari Integriti dan Hari Anti Rasuah Antarabangsa Peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Para hadirin telah diberi pendedahan mengenai integrity dan anti rasuah, kesedaran mengenai kesan daripada salah laku rasuah dan pelanggaran tatakelakuan serta menjalin kerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi untuk mempromosi teras integirti dan anti rasuah. Selain itu PPANS turut dijemput sebagai pempamer dalam program ini. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca