A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • LOGO

    Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.


  • overdrive logo

    Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer . PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android) .

     

    Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia". Sila gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)- apabila diminta oleh sistem portal/aplikasi mudahalih Libby), ketika anda hendak meminjam atau membaca e-buku secara dalam talian.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • BLIS NEW LOGO
     
    Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<
  •  

    Pressreader

    Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • UNiLibrary logo

    UN iLibrary adalah sebuah repositori digital khusus yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyediakan akses secara komprehensif bagi memudahkan anda membuat carian kepada sumber-sumber rujukan dan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia memudahkan Pustakawan, pakar maklumat, cendekiawan, pelajar, penggubal dasar, orang yang berpengaruh dan orang awam yang ingin mengakses kepada pelbagai terbitan, jurnal, data, laporan serta terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UN iLibrary menyediakan enjin carian serta kaedah navigasi yang fleksibel dan cekap bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diingini. Setiap tahun, kira-kira 500 tajuk baru akan dimuatnaik ke UN iLibrary. Kira-kira 70% kandungannya dalam Bahasa Inggeris dan ia meliputi topik-topik berikut: Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Perhutanan; Kanak-kanak dan Belia; Demokrasi dan Tadbir Urus; Perlucutan senjata; Dadah, Jenayah dan Keganasan; Pembangunan Ekonomi dan Sosial; Persekitaran dan Perubahan Iklim, Hak Asasi Manusia dan Pelarian; Penyelesaian Manusia dan Isu Bandar, Undang-undang dan Keadilan Antarabangsa; Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa; Penghijrahan; Sumber Asli, Air dan Tenaga; Pengaman dan Keselamatan; Penduduk dan Demografi; Kesihatan Awam ; Pengangkutan dan Keselamatan Awam; Bangsa-Bangsa Bersatu; Isu Wanita dan Jantina. Kandungan disusun mengikut tajuk, tahun penerbitan dan mengikut abjad. Enjin carian juga tersedia.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    OokbeeBuffet icon175x175

    Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 Video 2 .

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • elaw Logo

    Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • merdeka 2026
  • ismail lasim 2026
  • pembukaan perpustakaan komuniti bestari
  • logo library PPANS
     
    www.nslibrary.gov.my
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
    Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2, 70300 Seremban
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No. Telefon : 06-7635989
    No. Fax : 06-7635944




  • perbarisan merdeka 2026
  • kilat esport
  • maulidul rasul 2026
  • kawad kaki merdeka 2026
  • perhimpunan 2026
  • pesta buku terengganu 2026
  • jknns2026
  • LAWATAN KERJA BAGI PROGRAM KERJASAMA JARINGAN KOMUNITI
  • mesyuarat audit
  • anthony lok
  • shahril
  • MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026 31 Ogos 2026 - Seawal jam 6.30 pagi,kontinjen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) yang terdiri daripada seramai 50 orang kakitangan dan diketuai oleh Encik Zainuddin bin Zailan telah hadir di Padang Majlis Bandaraya Seremban bagi menyertai perbarisan sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026. Majlis turut diserikan dengan keberangkatan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Turut mengiringi ialah Tunku Besar Seri Menanti, anakanda YAM Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz serta Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz. Acara turut diserikan dengan bacaan Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh YAB Dato' Haji Ismail Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan. Majlis yang berlangsung dengan penuh semangat patriotisme ini turut diwarnai dengan perarakan kontinjen daripada pelbagai jabatan dan agensi. Penyertaan kontinjen PPANS mencerminkan semangat cintakan negara, perpaduan serta kebersamaan dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-69. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 Merdeka! Merdeka! Merdeka! #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • 🎮⚡ KEJOHANAN KILAT ,TNB SEREMBAN | E-SPORT FC26 DI PERPUSTAKAAN NEGERI SEMBILAN Syukur dan tahniah! Kami di Perpustakaan Negeri Sembilan berasa amat bangga dapat menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Kilat Seremban E-Sport FC26 yang melabuhkan tirainya secara rasmi pada hari ini, 29 Ogos 2026. Pertandingan sengit di padang maya EA Sports FC 26 ini telah berlangsung dengan lancar bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang tadi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ir. Hj. Mohd Zaiddy bin Mat Rajali, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) , Negeri Sembilan atas kesudian beliau menyempurnakan majlis penutupan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. 🏆 SENARAI PEMENANG KILAT SEREMBAN E-SPORT FC26 🏆 🥇 JUARA: En. Hafizzudin 🥈 NAIB JUARA: En. Hanif 🥉 TEMPAT KETIGA: En. Muhammad bin Zainun 🏅 TEMPAT KEEMPAT: En. Amirul > Info Menarik Pemenang: Syabas khas buat pemenang tempat ketiga, En. Muhammad bin Zainun ! Beliau merupakan bekas wakil Malaysia bagi kejohanan FIFA 11 di Electronic Sports World Cup (ESWC) 2011 Grand Finals di Paris, Perancis yang pernah mara sehingga ke pusingan Top 8 dunia. Kehadiran beliau melengkapkan lagi kemeriahan kejohanan di perpustakaan kami! Kami di Perpustakaan Negeri Sembilan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang! Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak TNB serta para pengunjung yang sentiasa menyokong aktiviti dan program di perpustakaan kami.
  • PERARAKAN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 1448H/2026M 25 Ogos 2026 - Perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan Tahun 1448H/2026M berlangsung dalam suasana penuh meriah dan bersemangat dengan penyertaan pelbagai kontinjen daripada agensi kerajaan, sektor swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) di Negeri Sembilan. Dengan busana yang berwarna-warni para peserta turut bersama-sama melaungkan selawat serta menghidupkan suasana dengan penuh semangat dalam menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ. Warga Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) turut tidak ketinggalan menyertai perarakan ini. Kontinjen PPANS diketuai oleh Encik Iskandar (Ketua Unit Penyelenggaraan PPANS). Sambutan pada awalnya dimulakan di Padang Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Namun, hujan rahmat yang turun tidak mematahkan semangat para peserta. Majlis kemudiannya diteruskan di Dewan MBS yang terletak berdekatan sekali gus memastikan pengisian sambutan dapat diteruskan dalam suasana yang selesa. Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini terus menyemarakkan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, di samping mendorong kita untuk meneladani akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian.
  • LATIHAN KAWAD KAKI SEMPENA PENYERTAAN PPANS DALAM PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN BAGI TAHUN 2026 17 Ogos 2026 9.00 pagi Perkarangan Perpustakaan Negeri, Seremban 2
  • PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM DAN PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026 14 Ogos 2026 - YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) bersama warga kerja PPANS telah menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan 2026 yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Seremban. Majlis yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2026 ini menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh rasa cinta akan negara serta menyemai semangat perpaduan dalam kalangan penjawat awam dan seluruh rakyat Negeri Sembilan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato' Haji Ismail bin Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan. Penyertaan warga kerja PPANS dalam program ini turut mencerminkan sokongan terhadap usaha kerajaan dalam menyemarakkan semangat cintakan tanah air.
  • Majlis Perasmian Karnival Buku & Semarak Jawi 2026 Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) Berlangsung Meriah ​​Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan Karnival Buku dan Semarak Jawi 2026 bermula pada 25 Julai hingga 1 Ogos 2026 bertempat di Perpustakaan Negeri Kuala Terengganu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid (Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara). Turut memeriahkan majlis ​YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham (Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu),​YB Ustaz Ridzuan bin Hashim (Pengerusi PPAT)​Pengurusan KPN, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), PPAT, serta agensi-agensi terlibat. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) turut menterjemahkan sokongan melalui kehadiran Pengarah PPANS, Encik Hamdan bin Haji Nordin. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada PPAT atas kejayaan penganjuran karnival ini. ​Karnival ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga: ​Jualan Buku & Pameran Interaktif, Pertandingan & Bengkel,​Gerai Makanan & Kraftangan, Jom ramai-ramai singgah ke Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) sehingga 1 Ogos 2026 untuk menyokong budaya membaca dan memartabatkan tulisan Jawi.
  • PERBINCANGAN BERSAMA JKKNNS 22 Julai 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS) yang diketuai oleh YBrs. Cik Mazidah binti Mustapha, Pengarah JKKNNS bersama pegawai-pegawai iringan. Kunjungan ini diadakan bagi membincangkan pelaksanaan Pesta Pantun Negeri Sembilan (PESANTUN) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada September 2026. Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS.
  • LAWATAN KERJA BAGI PROGRAM KERJASAMA JARINGAN KOMUNITI 14 Julai 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Perpustakaan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Dasuki Sahak, Penolong Ketua Pustakawan bersama pegawai-pegawai iringan. Lawatan kerja ini diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama dalam pelaksanaan program jaringan komuniti antara kedua-dua institusi. Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat membuka lebih banyak peluang untuk melaksanakan program komuniti yang berimpak tinggi serta memperkukuh peranan institusi perpustakaan sebagai pusat ilmu dan pembangunan masyarakat.
  • MESYUARAT PEMBUKAAN PENGAUDITAN MUKTAMAD PENYATA KEWANGAN PPANS BAGI TAHUN 2025 13 Julai 2026 - YBrs. Encik Mohd Nasrul Ekram bin Adzahar, Timbalan Pengarah Jabatan Audit Negara (JAN), Negeri Sembilan telah mempengerusikan Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Muktamad Penyata Kewangan PPANS bagi Tahun 2025 yang bertujuan memulakan proses pengauditan muktamad terhadap penyata kewangan PPANS. Mesyuarat ini menjadi platform bagi membincangkan skop pengauditan, kaedah pelaksanaan serta penyelarasan antara pihak PPANS dan Jabatan Audit Negara, Negeri Sembilan bagi memastikan proses pengauditan berjalan dengan lancar, telus dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Turut hadir ialah YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS bersama-sama pegawai daripada PPANS serta pegawai daripada Jabatan Audit Negara, Negeri Sembilan. Semoga kerjasama erat antara PPANS dan Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan dapat memastikan proses pengauditan dilaksanakan dengan berkesan, sekali gus memperkukuh tadbir urus, integriti serta pengurusan kewangan yang cemerlang.
  • JEMPUTAN MENGADAKAN PAMERAN MOBILE SMART LIBRARY DAN PAMERAN VIRTUAL REALITY (VR) 12 Julai 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah dijemput untuk mengadakan Pameran Mobile Smart Library dan Pameran Virtual Reality (VR) sempena Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI (KAM) 2026 yang dianjurkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Penyertaan ini bertujuan memperkenalkan perkhidmatan perpustakaan moden serta menggalakkan budaya membaca dan pembelajaran interaktif dalam kalangan masyarakat melalui penggunaan teknologi digital. Antara pengisian yang disediakan ialah pameran buku-buku terkini, sesi pengenalan teknologi Virtual Reality (VR), permainan Dan Harimau serta pelbagai permainan uji minda. PPANS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atas penganjuran Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI (KAM) 2026. Terima kasih juga atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada PPANS untuk turut serta dalam program ini. Semoga jalinan kerjasama strategik ini dapat diteruskan dalam usaha memperkukuh budaya ilmu serta memperluaskan akses kepada bahan bacaan.
  • PPANS KONGSI KEPAKARAN DIGITAL BERSAMA GURU SEKOLAH SUKAN & SEKOLAH SENI MALAYSIA 🎬📌 BANGI, 8 JULAI 2026 – Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) terus mengorak langkah dalam memperkasakan komuniti melalui perkongsian kepakaran digital apabila dijemput bagi mengendalikan Bengkel Kerja Penghasilan Mikro Kreatif: Teknologi Suntingan Video Bagi Guru Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah Seni Malaysia. Program kolaborasi strategik bersama Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Julai 2026 bertempat di Bilik Latihan Menara NIOSH, Bandar Baru Bangi. Penganjuran bengkel ini merupakan satu pengiktirafan kepada PPANS dalam menyokong aspirasi Teras 2: Pendidik Kompeten Digital di bawah Dasar Pendidikan Digital negara. Bagi memastikan objektif program tercapai, PPANS telah mengamanahkan dua orang pegawai iaitu Tc. Shahril Fahmey bin Noordin dan Tengku Muhammad Zahier bin Tengku Zanoor Kifly sebagai penceramah dan fasilitator sepanjang bengkel berkenaan. Sepanjang tempoh tersebut, delegasi PPANS bertanggungjawab memberikan bimbingan intensif dan melatih barisan pendidik agar celik teknologi serta kompeten dalam mengintegrasikan elemen digital secara kreatif dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP).