A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

Data Terbuka ( Soalan Lazim )


Apa itu data terbuka?

Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau swasta.

Apa itu set data?
Kumpulan butiran data yang berkaitan.

Siapakah pengguna data terbuka?
Pengguna data terbuka adalah terdiri daripada golongan seperti individu, pelajar, bisnes komuniti, kakitangan Kerajaan dan penyelidik.

Siapakah pembekal set data di dalam portal ini?
Set data yang dimuat naik ke dalam portal ini dibekalkan oleh agensi Kerajaan.

Bilakah set data dikemaskini?
Set data akan dikemaskini dari masa kesemasa mengikut perubahan yang berlaku dan dibekalkan oleh pemilik data berkenaan.  

Mengapa Kerajaan berkongsi set data?
Kerajaan berkongsi set data terbuka bagi membolehkan perkongsian data tersebut secara meluas dan menunjukkan ketelusan Kerajaan.  Disamping itu ia memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk-produk baharu.

Bagaimana rakyat mendapat manfaat daripada perkongsian data terbuka?
Rakyat akan mendapat manfaat daripada perkongsian data tersebut dengan terciptanya produk-produk atau perkhidmatan baharu yang memberi kemudahan di dalam kehidupan seharian mereka.

Bagaimana untuk memohon set data baharu yang tiada di dalam portal?
Pengguna boleh memohon set data baharu dengan mengisi borang yang disediakan di dalam portal.  Pihak Kerajaan akan memproses dan mempertimbangkan permohonan tersebut dengan sewajarnya.  Set data baharu yang dimohon akan dimuat naik setelah mendapat kelulusan daripada pemilik data.