A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

05 Februari 2021

Tajuk :Seremban:YB Tuan Veerapan memaklumkan bahawa asrama dan kilang Samsung SDI di Sungai Gadut telah diarah tutup selama 7 hari bagi menjalankan proses sanitasi susulan kes jangkitan wabak Covid-19 di antara pekerja kilang tersebut.Menurut beliau seramai 600 pekerja kilang tersebut telah menjalani swab test Covid-19 dan buat masa ini terdapat 40 kes yang positif.
Tarikh Berita:5 Februari 2021
Akhbar :China Press

Tajuk :Seremban:MBNS telah memaklumkan dalam Sidang Media Pasca Mesyuarat EXCO spade Rabu lepas,mengenai permohonan Menang Tiara SDN BHD untuk memiliki sebidang tanah rizab Kerajaan Negeri secara hak milik tetap di Temiang telah ditolak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.Perkara ini menjadi satu berita baik buat penduduk di kawasan tersebut ujar YB Tuan Ng Ching Tsai kepada media.Beliau menyatakan tindakan ini menunjukan kerajaan negeri amat mengambil berat mengenai rakyat.Beliau juga menyatakan masih terdapat 30 penduduk yang masih berada di tanah tersebut tidak perlu risau lagi kerana mereka tidak perlu pindah dari kawasan tersebut.
Tarikh Berita:5 Februari 2021
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Seremban:YB Tuan Yap Yew weng memaklumkan bahawa projek penebangan dan cantasan pokok tua di bahu jalan di sekitar Rasah Jaya telah dimulakan.Kawasan yang terlibat dengan projek ini telah pun dikenalpasti.Beliau juga menyatakan bahawa pihak landskap MBS telah menyalurkan peruntukan Marris sebanyak RM500 000 untuk projek tersebut demi keselamatan orang awam di sekeliling kawasan DUN Mambau.Selain itu,sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang,YB Tuan Ng Chin Tsai telah turun sendiri bersama ahli pusat khidmat beliau bagi menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina kepada golongan kurang bernasib baik di kawasan DUN beliau secara rumah ke rumah untuk mengelakkan situasi berkumpul ramai-ramai.
Tarikh Berita:5 Februari 2021
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Seremban: YB Puan Nicole Tan Lee Koon dan YB Tuan Gunasegaran bersama Persatuan Ai Xin telah menyerahkan serba sedikit bantuan makanan asas dan juga angpau di Majlis Sumbangan Ang Pau Sempena Tahun Baru Cina di Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya (OKU) Si Putih di Taman Kian Kee dan Persatuan Kebajikan Vinashini di Kuala Sawah, Rantau.Beliau berharap dengan sumbangan ini dapat menampung perbelanjaan dan meringankan beban mereka serta angpau yang diberi dapat juga menceriakan suasana sambutan Tahun Baru Cina,
Tarikh Berita:5 Februari 2021
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Seremban:MBNS telah memaklumkan dalam Sidang Media Pasca Mesyuarat EXCO spade Rabu lepas,mengenai permohonan Menang Tiara SDN BHD untuk memiliki sebidang tanah rizab Kerajaan Negeri secara hak milik tetap di Temiang telah ditolak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.Perkara ini menjadi satu berita baik buat penduduk di kawasan tersebut ujar YB Tuan Ng Ching Tsai kepada media

Tarikh Berita:5 Februari 2021
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Seremban:YB Tuan Loke Siew Fook telah menyambut ulang tahun ibunya dengan menjamu sebanyak 200 warga emas serta mengedarkan beg hadiah yang berisi buah nenas,hiasan perkataan Fu Tahun Baru Cina,kek dan juga angpau.Beliau bersama ibubapanya berharap dengan hadiah ini dapat membuat warga emas yang hadir berasa gembira dan dihargai lebih-lebih lagi sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang.Turut hadir YB Tuan Ng Chin Tsai.
Tarikh Berita:5 Februari 2021
Akhbar :Sin Chew Daily