A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

22 November 2019

Tajuk :Seremban:MBNS beramah mesra bersama para pengunjung di Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban.

Tarikh Berita:22 November 2019
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Rahang:Satu program akan dijalankan pada 23 November 2019 di Restoran Sin Far Seng pada 9.00 pagi iaitu Hari Bertemu Rakyat Dun Rahang yang dianjurkan oleh pihak YB Puan Mary Josephine.Menurut YB Puan Mary Jospehine pada hari tersebut wakil dari TNB dan juga Telekom juga hadir bagi penyampaian maklumat dan informasi berkenaan TNB & TM.
Tarikh Berita:22 November 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Seremban:YB Dr Mohamad Rafie telah menghadiri Majlis Penyerahan Geran Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan(TUNS). Majlis yang membabitkan 588 usahawan untuk Fasa 3 dan Fasa 4 yang merupakan fasa terakhir untuk 2019 ini. Keseluruhan geran yang berjumlah RM3 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2019 telah disalurkan sepenuhnya kepada 1,041 usahawan mikro di Negeri Sembilan.Menurut beliau kerajaan negeri komited untuk membantu usahawan mikro mengembangkan perniagaan mereka kerana usaha ini akan membesarkan rantaian ekonomi disamping meningkatkan pendapatan mereka. Untuk memastikan kelangsungan usahawan mikro yang telah dibantu, kerajaan negeri telah mengarahkan PKNNS, ADUN atau Penyelaras DUN Kerajaan memantau perkembangan usahawan-usahawan ini.Turut serta menghadiri majlis YB Tuan Mohamad Taufek dan juga YB Puan Nicole.
Tarikh Berita:22 November 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Seremban:Denda sebanyak RM250 bagi setiap seekor lembu yang ditangkap berkeliaran di jalan raya.Perkeliaran lembu ini boleh menyebabkan jalan raya sesak dan juga kemalangan.Menurut YDP MPS, Dato Haji Zazali, berdasarkan data sistem pengaduan, mereka menerima 13 laporan tentang tentang lembu tersesat di jalan raya. Menurut YB Tuan Chew Seh Yong Biro Veterinar akan menjalankan satu operasi untuk mengalakan penternak mendaftar haiwan ternakan mereka,setelah didaftar, Biro Veterinar boleh mendapatkan maklumat tentang pemilik lembu dari label pengenalan lembu, dengan itu lebih berkesan mengatur masalah ternak yang sesat. Beliau juga mencadangkan penternak lembu supaya memasang pagar bagi mengelakkan ternakan berkeliaran sehingga ke jalan raya.
Tarikh Berita:22 November 2019
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Seremban:MBNS telah turun meninjau ke SK Sikamat sempena pengumuman keputusan peperiksaan UPSR semalam.Beliau mengucapkan tahniah kepada SK Sikamat kerana telah menunjukkan peningkatan yang ketara daripada tahun-tahun sebelum ini.Menurut beliau purata 5% pelajar dari setiap sekolah berjaya memperolehi 6A pada tahun ini dan beliau juga menetapkan sasaran sebanyak 10% pada tahun hadapan.
Tarikh Berita:22 November 2019
Akhbar :Nanyang Siang Pau