A- A A+
 faq  phone  compose  sitemap
 Soalan 
Lazim

Hubungi 
Kami 

 Aduan dan
Maklum Balas

Peta
Laman 
  • main header

  • Untitled 2 01
  • emerald

  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Aktiviti Terkini PPANS

    Masukkan Emel Anda:

  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • mbs
  • alp
  • Artboard 1
  • notis
  • PENGUMUMAN
  • arrow2Dasar Terbuka Sektor Awam (DATASET)

    Portal Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di  Persidangan CIO ASEAN  2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.Portal ini telah dinaik taraf dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini.  Pada awal tahun 2016, portal versi beta telah menggantikan portal sedia ada.  Kini, portal versi beta telah dinaik taraf kepada portal versi terkini.

  • Harap maaf, tiada tawaran Jawatan Kosong buat masa ini

Polisi E-Penyertaaan

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan ( PPANS ). PPANS sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Survey Atas Talian, Konsultasi Awam, Maklum Balas Pertanyaan, Undian, Emel dan Media Sosial PPANS iaitu Facebook.

Oleh yang demikian, PPANS amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut: 

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.

  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.

  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.

  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.

  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.

  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.

  7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.

  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.

  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.

  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.

  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.

  12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

  • Program Semarak Kasih Bersama DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan sempena Sambutan Hari Keputeraan Ke 72
  • Istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan sempena ulang tahun ke 72
  • Istiadat Kawalan Kehormatan sempena Hari Keputeraan Ke 72.
  • Program Eksplorasi Keputeraan 2020
  • NEGERI SEMBILAN BERSELAWAT
  • 2
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • Program Semarak Kasih Bersama DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan sempena Sambutan Hari Keputeraan Ke 72 DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. 19 Januari 2020 Dewan Tuanku Ampuan Najihah, Seri Menanti, Kuala Pilah. Anjuran PUSPANITA Kuala Pilah, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah, turut hadir YBrs Pn. Hjh. Jamilah @ Chumila Bt Hj. Katis Pengarah PPANS serta warga PUSPANITA PPANS.
  • Istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan sempena ulang tahun ke-72 keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. 14 Januari 2020 Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti. Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti. DYMM Tuanku Muhriz berkenan menganugerahkan pingat Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Pengarah International Science Council Regional Office For Asia And The Pacific, Prof Datuk Dr Mazlan Othman. DYMM Tuanku Muhriz turut berkenan menganugerahkan Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk kepada 14 penerima, Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) 3 penerima, Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) 17 penerima, Darjah Pekerti Terpilih (DPT) kepada 13 penerima dan Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) (52 penerima), Setiawan Tuanku Muhriz (STM) (dua penerima), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) (107 penerima) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (180 penerima).Pingat Bentara Tuanku Muhriz (BTM) dan 15 orang lagi menerima Pingat Khidmat Lama (PKL).
  • Istiadat Kawalan Kehormatan sempena Hari Keputeraan Ke-72. DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir 14 Januari 2020 Padang Besar Seri Menanti Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Kawalan Kehormatan sempena Hari Keputeraan Ke-72 baginda di Padang Besar Seri Menanti pada 14 Jan 2020. Istiadat Kawalan Kehormatan Utama telah disempurnakan oleh pasukan 71 Rejimen Semboyan Diraja diiringi lagu kebesaran Negeri Sembilan. Istiadat diteruskan dengan persembahan kawad senyap dari Tentera Laut Malaysia Kem Lumut. Turut hadir YAB Dato' Seri Hj. Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Barisan Pemimpin Negeri dan ribuan rakyat membanjiri untuk menyaksikan istiadat ini.
  • Program Eksplorasi Keputeraan 2020 sempena Hari Keputeraan ke 72 DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. 12 Januari 2020 Dewan Tuanku Ampuan Najihah, Seri Menanti, Kuala Pilah Program ini telah dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan cawangan Kuala Pilah, bertujuan mendekatkan masyarakat untuk mengenali Sistem pemerintahan Adat Perpatih melalui aktiviti yang dijalankan seperti aktiviti eksplorasi keputeraan yang memberi peluang kepada peserta untuk mencari maklumat mengenai sistem pemerintahan di Negeri Sembilan. selain itu turut diadakan Pertandingan Fun Colour dan Pameran Digital Augmented Reality dan Virtual Reality Smart Library PPANS. Majlis telah dirasmikan oleh YAM Tunku Zain Al' Abidin Ibni Tuanku Muhriz turut sama memeriahkan majlis adalah Exco Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu NS, YB Tuan Mohamad Nazaruddin Sabtu dan Pengarah PPANS Pn Hjh.Jamilah @ Chumila Bt Hj.Katis.
  • MAJLIS NEGERI SEMBILAN BERSELAWAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN KE-72 DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN Padang Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, N.Sembilan 10 Januari 2020 (Jumaat) Program ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, sempena sambutan Hari Keputeraan Ke 72 DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Selawat dipimpin oleh Yayasan Al-Jenderami dan tausiah oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan berangkat ke majlis ini. Turut berkenan mencemar duli ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar YAB Dato' Seri Hj. Aminuddin B. Harun dan isteri YABhg Datin Seri Hjh. Wan Hasni Bt. Wan Yusof serta barisan Exco kerajaan negeri. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam N.Sembilan Pn. Hjh. Jamilah @ Chumila Bt Hj Katis serta 60 orang warga kerja PPANS turut sama menghadiri majlis barakah ini.
  • Istiadat Kerajaan Dato' Lembaga Suku Mungkal ke 13 Luak Ulu Muar YM Dato' Seri Maharaja Ramley Bin Hj. Abdullah. Pada 5 Januari 2020,di Telapak No 56, Kampung Parit Mungkal, Kuala Pilah. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah mendokumentasikan Istiadat ini.
  • Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2020 dan Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman 3 Januari 2020 Dewan Theatrate, Wisma Negeri, Seremban Perhimpunan ini diadakan bagi penjawat awam negeri mendengar amanat Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun mengenai prestasi semasa kerajaan, dalam ucapannya beliau berkata Negeri Sembilan kini berada dalam keadaan pentadbiran yang bersih, rakyat muafakat dan negeri sejahtera hasil kerjasama erat dan cekap anggota pentadbiran kerajaan negeri yang sentiasa berdiri teguh di belakang beliau. Beliau menambah jasa dan bakti penjawat awam di negeri ini akan terus dihargai dengan pelbagai inisiatif dan penambahbaikan yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Setelah selesai ucapan YAB Menteri Besar, sesi perhimpunan diteruskan dengan amanat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri YB Dato' Dr. Razali Ab Malik. Puan Hjh. Jamilah @ Chumila Bt Hj. Katis Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan beserta 10 orang Pegawai turut sama menghadiri perhimpunan ini.
  • TAKLIMAT PELAKSANAAN PROJEK RINTIS PROGRAM READING SEEDS PERINGKAT KEBANGSAAN TARIKH : 18 DISEMBER 2019 TEMPAT : BILIK SYARAHAN 1,ARAS 5,BANGUNAN ANJUNG BESTARI,PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA,232,JALAN TUN RAZAK,KUALA LUMPUR Program literasi perkembangan awal kanak-kanak bermula dari peringkat bayi 0-3 tahun & turut melibatkan peranan ibu bapa dalam memupuk budaya membaca. Dilaksanakan di peringkat kebangsaan oleh Perpustakaan Negara Malaysia bersama rakan strategik Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Perpustakaan Awam Negeri & Komuniti Sihat Pembina Negara ( KOSPEN ).
  • Aktiviti sepanjang cuti sekolah akhir tahun di Perpustakaan Awam Port Dickson. Terima kasih atas kerjasama semua pengguna. Antaranya: 1.Juadah ringkas tapi berkhasiat 2. "Try and Error" 3. Modelling Clay- tanah liat 4. Uji Minda 5. Sayangi Bahan Terpakai 6. Pameran Koleksi Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan - PPANS
  • Aktiviti "Gift Wrapping Challenge"🎁 Peserta : Remaja (13-17 tahun) Cantik & kreatif kan! Aktiviti seperti ini dapat mencetuskan idea dan kreativiti semasa membalut hadiah. Terima kasih kepada adik-adik yang menyertai aktiviti ini. ❤️ #aktiviticutisekolah #perpustakaandesa #bangsamembacabangsaberjaya Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan - PPANS