A- A A+
  • main header

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Aktiviti Terkini PPANS

    Masukkan Emel Anda:

  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • LOGO

    Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.


  • overdrive logo

    Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer . PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android) .

     

    Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia". Sila gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)- apabila diminta oleh sistem portal/aplikasi mudahalih Libby), ketika anda hendak meminjam atau membaca e-buku secara dalam talian.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • BLIS NEW LOGO
     
    Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<
  •  

    eLib logo

    Perkhidmatan peminjaman e-Buku (terbitan tempatan) secara dalam talian menerusi portal PNM ELib ini disediakan khas untuk kemudahan anda oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama . Ia menyediakan akses kepada 3,900 judul e-buku tempatan daripada pelbagai bidang perkara dan daripada penerbit tempatan yang terkemuka. Antara bidang perkara yang diliputi adalah agama, bahasa, autobiografi dan biografi, hiasan rumah, jenayah dan pelbagai. Pengguna dibenarkan meminjam sebanyak 2 naskhah e-buku dalam satu masa di mana e-buku yang dipinjam akan dapat dibaca untuk tempoh selama 7 hari.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    Pressreader

    Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • Zinio Logo

     

    Zinio adalah pangkalan data e-majalah yang menyediakan akses kandungan majalah luar negara (isu terkini dan terdahulu) yang boleh dimuat turun secara kekal oleh pengguna. Tiada had dari segi bilangan judul/isu untuk dimuat turun dan juga tiada had dari segi tempoh masa pembacaan. Kandungan e-majalah meliputi pelbagai bidang perkara, seperti bacaan umum, kesenian, fotografi, kenderaan automotif, perniagaan, keibubapaan, kraftangan, komputer dan sebagainya. Jumlah keseluruhan e-majalah yang terdapat di dalam pangkalan data Zinio adalah sebanyak 100 judul. Antara judul-judul e-majalah popular yang boleh anda baca: Newsweek, Reader's Digest, Digital Photo, Top Gear, CHIP, PC Magazine, Popular Science, New Scientist, Astronomy, Popular Mechanics, Discover, Outdoor Photographer dan banyak lagi. Anda juga boleh melihat (browse) senarai judul e-majalah mengikut genre dan bahasa.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • UNiLibrary logo

    UN iLibrary adalah sebuah repositori digital khusus yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyediakan akses secara komprehensif bagi memudahkan anda membuat carian kepada sumber-sumber rujukan dan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia memudahkan Pustakawan, pakar maklumat, cendekiawan, pelajar, penggubal dasar, orang yang berpengaruh dan orang awam yang ingin mengakses kepada pelbagai terbitan, jurnal, data, laporan serta terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UN iLibrary menyediakan enjin carian serta kaedah navigasi yang fleksibel dan cekap bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diingini. Setiap tahun, kira-kira 500 tajuk baru akan dimuatnaik ke UN iLibrary. Kira-kira 70% kandungannya dalam Bahasa Inggeris dan ia meliputi topik-topik berikut: Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Perhutanan; Kanak-kanak dan Belia; Demokrasi dan Tadbir Urus; Perlucutan senjata; Dadah, Jenayah dan Keganasan; Pembangunan Ekonomi dan Sosial; Persekitaran dan Perubahan Iklim, Hak Asasi Manusia dan Pelarian; Penyelesaian Manusia dan Isu Bandar, Undang-undang dan Keadilan Antarabangsa; Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa; Penghijrahan; Sumber Asli, Air dan Tenaga; Pengaman dan Keselamatan; Penduduk dan Demografi; Kesihatan Awam ; Pengangkutan dan Keselamatan Awam; Bangsa-Bangsa Bersatu; Isu Wanita dan Jantina. Kandungan disusun mengikut tajuk, tahun penerbitan dan mengikut abjad. Enjin carian juga tersedia.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    OokbeeBuffet icon175x175

    Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 Video 2 .

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • i LearnAce logoi-LEARN Ace merupakan sebuah platform e-pembelajaran abad ke-21 di mana ia telah dibangunkan secara eksklusif oleh Sasbadi Online. Antara ciri unik i-LEARN Ace ialah adanya fungsi nota di mana ia mengandungi lebih daripada 200,000 helaian nota. i-LEARN Ace juga menyediakan lebih kurang 300,000 set-set soalan terkumpul di dalam bank soalannya. Para pelajar mudah untuk menjawab soalan-soalan latihan dan mengakses nota-nota pelajaran secara atas talian atau offline. Selain daripada menepati 100% silibus Kementerian Pelajaran Malaysia yang terkini, i-LEARN Ace turut mewujudkan komunikasi tiga hala diantara ibubapa, cikgu serta para pengguna kerana platform ini direka khas untuk meningkatkan kemahiran belajar para pengguna bermula dari Tahun 1 - Tingkatan 5.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • elaw Logo

    Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  
    NOTIS PEMAKLUMAN

    Adalah dimaklumkan, Perpustakaan Negeri, Seremban kini telah berpindah ke Seremban 2.

    Namun begitu, perkhidmatan perpustakaan masih belum dibuka kepada orang ramai kerana kerja-kerja pengisian dalaman sedang dilaksanakan.

    Sehubungan dengan itu, perkhidmatan Perpustakaan Negeri, Seremban 2 akan beroperasi pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

    Alamat PPANS terkini adalah :
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan,
    Kompleks PKNNS, Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2
    No Telefon : 06-7635989
    No Fax : 06-7635944
  •  
     
    PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF PERPUSTAKAAN AWAM SE-MALAYSIA NEGERI SEMBILAN TAHUN 2020 (SECARA ATAS TALIAN) ANJURAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA MAJLIS PENGARAH-PENGARAH PERPUSTAKAAN AWAM SE-MALAYSIA (MPAM) TAHUN 2020
     
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) akan menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Perpustakaan Awam Se-Malaysia peringkat kebangsaan.Penganjuran pertandingan ini akan dilaksanakan secara atas talian (online)  berdasarkan pematuhan terhadap syarat-syarat dan Standard Operating Procedure (SOP)  yang akan ditetapkan pada 26-28 Oktober 2020.

    Garis Panduan Baharu KIK NS ( Page 1 | Page 2 )

     

  • 83416706 1528794933953374 8738517911863296000 n
  • 100958734 1528794963953371 8531991093720383488 n

Data Terbuka ( Terma Penggunaan )

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.
1. Penggunaan data di bawah terma ini
    Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.
2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:
    (i) Salin, terbit, edar dan pindah data;
    (ii) Adaptasi data;
    (iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan
    (iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.
3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:
    (i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;
    (ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan
    (iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut:
    "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0 "
4. PENGECUALIAN
    Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:
    (i) Data peribadi;
    (ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;
    (iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan;
    (iv) Lambang diraja dan lambang tentera;
    (v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;
    (vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan
    (vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.
5. TIADA JAMINAN
    (i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan
        liabiliti berhubung data; dan
    (ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis 
         kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara
         berterusan.
6. UNDANG-UNDANG
    Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.
    Tarikh Pindaan: 30 SEPTEMBER 2015

  • quranhour2020
  • 11
  • 10
  • 9
  • 8
  • 7
  • 6
  • 5
  • 4
  • 3
  • mbs
  • Program Semarak Kasih Bersama DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan sempena Sambutan Hari Keputeraan Ke 72
  • Gambar warga kerja PPANS bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Puan Hjh. Jamilah @ Chumila Bt Hj. Katis sekitar program World #QuranHour peringkat Negeri Sembilan secara atas talian, membaca dan menghayati surah Ar-Rahman PPANS ingin mengucapkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program World #QuranHour peringkat Negeri Sembilan yang dijalankan secara serentak seluruh dunia pada pukul 12 tengah hari tadi. Semoga jalinan kerjasama yang dicetuskan terutama ketika pandemik COVID-19 akan membuka tingkap yang lebih luas kepada masyarakat di seluruh dunia agar memahami dan menghayati kitab suci umat Islam. #malaysiamembaca #negerisembilanmembaca #quranhour
  • Malam Sekalung Budi Seharum Kasturi anjuran PUSPANITA Negeri Sembilan 7 Mac 2020 8.00 Mlm Klana Resort, Seremban
  • Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-37 Puspanita Negeri Sembilan 6 Mac 2020 9.00 pagi Dewan Theatterate, wisma Negeri Dirasmikan oleh : YBhg Datin Dr. Hasnah Binti Mohamad - Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan
  • Pameran Augmented dan Virtual Reality PPANS sempena Program Sejenak bersama YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan 28 Februari 2020 Dewan Serbaguna Wisma Negeri, Seremban
  • Karnival Membaca dan Pesta Buku Jelebu 2020. 27 Februari 2020 Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu Karnival membaca daerah Jelebu ini telah dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Daerah Jelebu dan Pejabat Pendidikan Daerah Jelebu/ Jempol. Pelbagai pengisian program telah diadakan bermula pada 26 Februari 2020 antaranya pameran jabatan kerajaan, jualan buku, program literasi maklumat dan pameran augmented dan virtual reality PPANS. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB TUAN HAJI BAKRI BIN SAWIR Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga merupakan ADUN Klawang, turut hadir YBrs En Hamdan Bin Hj Nordin Timbalan Pengarah PPANS
  • Majlis Pelancaran Program Reading Seeds Peringkat Negeri Sembilan dan Bengkel Penggunaan Kit Reading Seeds. Tarikh: 19 Februari 2020 Masa : 9.30 pagi Tempat : d''Tempat Country Club, Bandar Sendayan, Negeri Sembilan. Reading Seeds adalah Program literasi perkembangan awal kanak-kanak bermula daripada peringkat dalam kandungan ibu sehingga umur 3 tahun dan turut melibatkan peranan ibu bapa dalam memupuk budaya membaca. Program ini dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dengan kerjasama BAKRIYAH Negeri Sembilan dan turut disokong oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan Komuniti Sihat Pembina Negara ( KOSPEN ). Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YABhg. Datin Seri Hjh. Wan Hasni binti Wan Yusof, Yang DiPertua BAKRIYAH Negeri Sembilan. Turut Hadir, YBrs. Puan Hjh Jamilah @ Chumila Bt. Hj. Katis, Pengarah PPANS, Barisan ahli BAKRIYAH, Ketua dan wakil jabatan Negeri dan Persekutuan, serta para peserta Bengkel Pelaksanaan Reading Seeds.
  • Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan ,Bil 1/2020, 18 Februari 2020, Bilik Mesyuarat UPEN, Wisma Negeri, Seremban
  • MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH, MAJLIS TILAWAH & MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 1441H/2020M 7 Februari 2020, Kompleks Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
  • PERASMIAN MAJLIS TILAWAH & MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 1441H/2020M 04 Februari 2020 Kompleks Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, akan berlangsung selama 4 hari bermula pada 4 hingga 7 februari 2020, Majlis ini mengumpul qari -qariah dan huffaz seluruh Negeri Sembilan bagi memperdengar dan menghafaz bacaan Al-Quran. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Hj. Aminuddin Bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir YBrs Puan Hjh. Jamilah @ Chumila Bt Hj. Katis Pengarah PPANS.
  • Majlis Taklimat Belanjawan Persekutuan Tahun 2020. 31 Januari 2020 Wisma Negeri, Seremban Program ini diadakan bagi mendengar penerangan terperinci mengenai belanjawan persekutuan oleh Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Encik Johan Mahmood Merican. Taklimat menyentuh mengenai Belanjawan 2020 dan inisiatif yang telah diumumkan oleh Kerajaan Pusat. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Hj. Aminuddin Bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir barisan kepimpinan negeri, Pengarah Jabatan Negeri dan Persekutuan. Pengarah PPANS Puan Hjh. Jamilah @ Chumila Bt Hj Katis turut sama hadir dalam majlis ini.
  • ISTIADAT PENGISYTIHARAN MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN & PERASMIAN WISMA MBS 20 Januari 2020 Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di Forest Heights. DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mengisytiharkan Seremban sebagai bandar raya dan merasmikan Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di Forest Heights. Turut bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Puan Zuraida Kamaruddin Menteri Besar, YAB Dato' Seri Hj. Aminuddin bin Harun dan pelantikan Dato' Zazali Salehudin sebagai Datuk Bandar Seremban. Turut memeriahkan majlis YBrs Pn Hjh. Jamilah @ Chumila Bt Hj. Katis Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.
  • Program Semarak Kasih Bersama DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan sempena Sambutan Hari Keputeraan Ke 72 DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. 19 Januari 2020 Dewan Tuanku Ampuan Najihah, Seri Menanti, Kuala Pilah. Anjuran PUSPANITA Kuala Pilah, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah, turut hadir YBrs Pn. Hjh. Jamilah @ Chumila Bt Hj. Katis Pengarah PPANS serta warga PUSPANITA PPANS.