A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

Perutusan Pengerusi

SUK 1 1

UCAPAN PENGERUSI PPANS

 

Perutusan Pengerusi

Assalamualaikum wbt,

Salam Malaysia MADANI, Salam Negeri Sembilan Bersih . Muafakat . Sejahtera.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah mencipta segala apa yang ada di langit dan di bumi serta apa yang ada di antara keduanya. Setinggi-tinggi kesyukuran jua  dipanjatkan ke hadrat-Nya kerana dengan izin Allah SWT jualah saya diberi kesempatan untuk mencoret sepatah dua kata di ruangan laman sesawang Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) bagi sesi tahun 2024. Saya selaku Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan mengambil peluang mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) yang begitu komited membangunkan PPANS untuk menjadi sebuah organisasi yang berperanan sebagai peneraju ilmu dan maklumat kepada masyarakat.

Syabas dan tahniah buat PPANS kerana kekal membangunkan portal yang merupakan salah satu medium komunikasi dan informasi di antara PPANS dan masyarakat. Kewujudan portal ini sudah pasti menjadi akses utama masyarakat untuk mengetahui mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak perpustakaan yang sudah pasti boleh ditelusuri melalui komputer mahupun telefon pintar. Sebagaimana semua sedia maklum, PPANS juga mempelbagaikan media penyampaian maklumat dengan menggunakan platform media baharu seperti Facebook, Youtube dan TikTok. Di harap dengan penggunaan media baharu ini akan memudahkan lagi komunikasi secara dua hala antara masyarakat dan PPANS.

Perpustakaan perlu meningkatkan kerjasama dan kolaborasi berorentasikan people approach untuk menarik minat masyarakat sebagai pusat pengajaran, penyelidikan, informasi dan inovasi pasti boleh membantu masyarakat dengan menyediakan pelbagai program ke arah inovasi. Akhir kata, saya akan terus menyokong penuh segala program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh PPANS dalam membangunkan ilmu dan maklumat kepada masyarakat. InshaAllah.

Saya berdoa kehadrat Allah SWT semoga PPANS dapat meneruskan kecemerlangan dan berterusan mempertingkatkan prestasi, program serta aktiviti demi memastikan visi, misi, aspirasi dan objektif PPANS tercapai sebagaimana yang dihasratkan.

Sekian, salam hormat.

Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Merangkap

Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Darul Khusus