A- A A+
 faq  phone  compose  sitemap
 Soalan 
Lazim

Hubungi 
Kami 

 Aduan dan
Maklum Balas

Peta
Laman 
  • main header

  • Untitled 2 01
  • emerald

  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

Perutusan Pengerusi


ss
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera"

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjat kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah kurnia dan izin-Nya tahun 2018 telah berjaya diharungi dengan penuh dedikasi dan jayanya. Di kesempatan saya mengambil ruang dan peluang untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua warga Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) atas komitmen, kesungguhan, dan kerja keras berpasukan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan sepanjang tahun 2018.

Tahun 2019 tentunya akan memberi satu lagi cabaran baharu kepada seluruh warga PPANS. Sebagai sebuah organisasi yang berperanan sebagai gedung ilmu dan maklumat, saya menyeru agar seluruh warga PPANS untuk terus mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dan berintegriti tinggi agar perancangan utama jabatan pada tahun 2019 dapat dilaksanakan dengan jayanya selaras dengan aspirasi Transformasi Negara 2050 (TN50).

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan kerana telah berusaha untuk membangunkan dan mengemaskini laman web PPANS www.nslibrary.gov.my selaras dengan maklumat terkini. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan sentiasa berusaha untuk  meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan agar dapat memenuhi keperluan terkini masyarakat seluruhnya. Justeru, penerbitan laman web ini adalah untuk menyediakan maklumat terkini berkaitan dengan perpustakaan agar ia dapat menjadi sebahagian sumber maklumat serta sebagai bahan rujukan penting yang boleh dikongsi bersama dan dapat memberi input yang berguna kepada semua pelayar laman web ini.

Selaku Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan saya mengucapkan “Selamat Datang Ke Portal Rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan”.
Sekian, salam hormat.

YB DR. RAZALI B. AB MALIK
Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
merangkap Pengerusi
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Darul Khusus