A- A A+
  • main header

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

Unit Pentadbiran

Latar Belakang
Unit Pentadbiran
PPANS ini telah diwujudkan selaras dengan penubuhan PPANS iaitu sejak tahun 1987. Unit pentadbiran bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan pentadbiran PPANS dan diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir N29, seorang  Pembantu Tadbir PTPO N19, seorang Pembantu Pustakawan N22, seorang Pembantu Pustakwan N19 , seorang Pembantu Awam N11  dua orang Pembantu Operasi N11 dan juga terdiri daripada empat aorang Pemandu N11.

Visi
Memastikan unit pentadbiran memberi perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang dalam pengurusan pentadbiran PPANS.

 

Misi
Memberikan perkhidmatan pengurusan organisasi yang cekap,tepat dan teratur secara berterusan.

 

Objektif
•Menyediakan dan melaksanakan sistem pengurusan pentadbiran yang cekap dan berkesan dalam hal ehwal pengurusan sumber manusia.
•Mempunyai kemahiran dalam menguruskan segala hal ehwal pentadbiran.
•Memastikan data profil perkhidmatan dan profil rekod peribadi kakitangan PPANS melalui aplikasi HRMIS sentiasa dikemaskini.


Fungsi
Aktiviti 1 : Pengisian Jawatan
Aktiviti 2 : Pengesahan Jawatan
Aktiviti 3 : Kemasukan Dalam Jawatan Berpencen
Aktiviti 4 : Penanggungan Kerja
Aktiviti 5 : Penggunaan Kad Perakam Waktu Elektronik (Thumbprint)
Aktiviti 6 : Surat Menyurat
Aktiviti 7 : Keselamatan Dan Kebersihan Pejabat

Pentadbiran

• Mengurus dan mengawal fail-fail pentadbiran personal dan pengkalan data HRMIS
• Mengurus dan menyelaras Mesyuarat-Mesyuarat utama jabatan.(Mesyuarat Ahli Lembaga PPANS , MBJ , JITU , Pengurusan)
• Mengatur dan menyelaras program-program latihan kursus anjuran Unit Pentadbiran untuk kakitangan
• Mengambil tindakan terhadap arahan-arahan Pekeliling-pekeliling yang diedarkan dan diterima pakai oleh kerajaan dan jabatan.
• Menyediakan Laporan Nilaian Pretasi Tahunan (LNPT) kakitangan PPANS.
• Menguruskan sebut harga dan surat penjanjian.
• Menyediakan laporan kehadiran bulanan Pegawai dan kakitangan PPANS.
• Dokumentasi jabatan

 

Kedudukan Unit : Tingkat Mezzanine
Nama Pegawai untuk dihubungi :

Puan Suhaila bt Abu Samah
Tel.    : 06-7635989 / 7621308
Faks  : 06-7635944