
JOM CERITA DAN MEMBUAT KAD IMBASAN

Tarikh : 17 Mac 2016 ( Khamis)
Tempat : Bilik Aktiviti Unit Pelanggan Zon Kanak-Kanak
Dikendalikan Oleh : Pn Nor Fauzillah Bt Abdul Rafar
Program cuti sekolah pada hari ini telah dijalankan dengan mengadakan Aktiviti Jom Cerita dan Membuat Kad Imbasan dengan berkonsepkan geometri.
Seramai 13 orang kanak-kanak berserta ibu bapa telah mengambil bahagian dan bagi menghargai mereka pihak PPANS memberikan cenderahati sebagai galakan kepada mereka untuk terus mengunjungi perpustakaan.
Tahniah buat semua adk-adik
Aktiviti Cuti Sekolah

Tarikh : 16 Mac 2016 (Rabu)
Tempat : Bilik Aktiviti Unit Pelanggan Zon Kanak-Kanak
Sempena cuti persekolahan ini , pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah mengadakan aktiviti bagi menarik minat kanak-kanak untuk mengunjungi perpustakaan.
Dengan matlamat itu ,telah diadakan satu aktiviti Seni Lipatan Kertas atau yang lebih dikenali sebagai Origami yang telah dihadiri oleh 15 orang kanak-kanak beserta ibu bapa mereka.2 bentuk origami berjaya dihasilkan iaitu origami cat dan bunga tulip.
Pihak PPANS mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat.
Program Cuti Sekolah (Kolaj Dan Cekap Minda)

Program Cuti Sekolah (Kolaj Dan Cekap Minda)
Tarikh : 15 Mac 2016 (Selasa)
Tempat : Bilik Aktiviti Zon Kanak-Kanak Perpustakaan
Dikendalikan oleh : En. Ahmad Akram Bin Ahmad Affendy
Perhimpunan Warga Kerja PPANS Bil.1/2016

Perhimpunan Warga Kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
Tarikh : 14 Mac 2016 (Isnin)
Tempat : Dewan PR Badan Perhubungan UMNO N.Sembilan
Program Santai @ Perpustakaan Desa Taman Intan Perdana Port Dickson
Program Santai @ perpustakaan ini adalah merupakan program anjuran Perpustakaan Desa PNM Zon 11 dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Rukun Tetanga Taman Intan Perdana dan juga Majalah ASUH.






Dapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di
Dapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di














































































































































































