A- A A+
 faq  phone  compose  sitemap
 Soalan 
Lazim

Hubungi 
Kami 

 Aduan dan
Maklum Balas

Peta
Laman 
  • main header

  • Untitled 2 01
  • emerald

  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Aktiviti Terkini PPANS

    Masukkan Emel Anda:

  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • free banner
  • TIADA TENDER/SEBUTHARGA PPANS BUAT MASA INI

     
  • arrow2Dasar Terbuka Sektor Awam (DATASET)

    Portal Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di  Persidangan CIO ASEAN  2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.Portal ini telah dinaik taraf dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini.  Pada awal tahun 2016, portal versi beta telah menggantikan portal sedia ada.  Kini, portal versi beta telah dinaik taraf kepada portal versi terkini.

  • Harap maaf, tiada tawaran Jawatan Kosong buat masa ini

Data Terbuka ( Soalan Lazim )


Apa itu data terbuka?

Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau swasta.

Apa itu set data?
Kumpulan butiran data yang berkaitan.

Siapakah pengguna data terbuka?
Pengguna data terbuka adalah terdiri daripada golongan seperti individu, pelajar, bisnes komuniti, kakitangan Kerajaan dan penyelidik.

Siapakah pembekal set data di dalam portal ini?
Set data yang dimuat naik ke dalam portal ini dibekalkan oleh agensi Kerajaan.

Bilakah set data dikemaskini?
Set data akan dikemaskini dari masa kesemasa mengikut perubahan yang berlaku dan dibekalkan oleh pemilik data berkenaan.  

Mengapa Kerajaan berkongsi set data?
Kerajaan berkongsi set data terbuka bagi membolehkan perkongsian data tersebut secara meluas dan menunjukkan ketelusan Kerajaan.  Disamping itu ia memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk-produk baharu.

Bagaimana rakyat mendapat manfaat daripada perkongsian data terbuka?
Rakyat akan mendapat manfaat daripada perkongsian data tersebut dengan terciptanya produk-produk atau perkhidmatan baharu yang memberi kemudahan di dalam kehidupan seharian mereka.

Bagaimana untuk memohon set data baharu yang tiada di dalam portal?
Pengguna boleh memohon set data baharu dengan mengisi borang yang disediakan di dalam portal.  Pihak Kerajaan akan memproses dan mempertimbangkan permohonan tersebut dengan sewajarnya.  Set data baharu yang dimohon akan dimuat naik setelah mendapat kelulusan daripada pemilik data.

  • 1
  • 3
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • Lawatan kerja Perpustakaan USIM ke PPANS yang diketuai oleh Puan Nor Azzah bt. Momin, Pemangku Ketua Pustakawan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
  • Majlis Jalinan Ilmu sempena Aidilfitri 2019 telah diadakan pada 21 jun 2019.Majlis berlangsung dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang.Turut diundang Menteri Besar Negeri Sembilan,Dato' Seri Aminuddin bin Harun bagi memeriahkan lagi majlis.
  • Bersama kami di kempen WORLD #QURANHOUR pada esok 25 RAMADAN 1440H bersamaan 30 MEI 2019, 10.00 pagi Seluruh Dunia berinteraksi selama 1 jam dengan Al-Quran menggemakan surah Al-Kahf. . lakukan dimana saja samada berkumpulan atau sendirian dirumah atau di pejabat . Trendingkan World #QuranHour. Upload gambar-gambar pada masa tersebut di Instagram, Twitter & Facebook anda. Jangan lupa hashtag: #QuranHour. . Interaksi dengan Al-Quran: #BacaFahamAmal
  • Majlis berbuka puasa PPANS anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan PPANS telah diadakan pada 24 mei 2019 bertempat di Zemi Qaseh Hall Seremban 2. Lebih 200 kakitangan PPANS dan PNM telah bersama-sama hadir bagi menjayakan majlis ini. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg Puan Jamilah @ Chumila Bt Hj. Katis Pengarah PPANS dan YDP KESUKA PPANS En Zainuddin Bin Zailan
  • Pada 23 Mei 2019, Pengarah PPANS Puan Jamilah@Chumila Bt Hj Katis dan para pegawai serta kakitangan PPANS telah menziarah dan meluangkan masa bersama dengan enam beradik anak yatim di Kampung Legong Ulu, Astana Raja Rembau Anak-anak ini telah kehilangan ibu mereka ketika bertugas sebagai pencuci pejabat di sebuah bank di Rembau akibat kemalangan motosikal semasa pulang ke rumah. Kanak-kanak ini sekarang berada dibawah jagaan ibu saudaranya. Pihak PPANS juga telah memberi sedikit sumbangan kepada keluarga ini. Mudah-mudahan sumbangan ini dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung mereka enam-beradik dalam menghadapi ujian hidup yang berat ini
  • Merafak Sembah Takziah Kepada KDYMM Sultan Pahang, Kerabat DiRaja Pahang Dan Seluruh Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur Diatas Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Al Fatihah ‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين Semoga Allah Mencucuri Rahmat Keatas Roh Almarhum..
  • Aktiviti Tampalan Kreatif Sempena Hari Buku Sedunia Jom Baca Bersama 10 minit dan diadakan juga Mari Dengar Cerita Saya dan Belajar Kira Dengan Pantas.
  • Perasmian Jom Baca Bersama untuk 10 minit peringkat Negeri Sembilan dan Pra Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan.. Mydin Mall Seremban 2 yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Hasan bin Bahrom, Ahli Parlimen Tampin.
  • Warna warni Pesta Buku Negeri Sembilan 2019 hari keempat cabutan bertuah dan upin dan ipin.
  • Aktiviti serta program Pesta Buku Negeri Sembilan 2019 Hari ketiga
  • Majlis Perasmian Pesta Buku Negeri Sembilan 2019 telah disempurnakan oleh YB TUAN MOHAMAD NAZARUDDIN BIN SABTU Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan. Turut hadir memeriahkan majlis adalah YB PUAN NICOLE TAN LEE KOON Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga Dan Kebajikan, YB TUAN HAJI BAKRI BIN SAWIR Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani. YBhg. PUAN JAMILAH @ CHUMILA BT HJ KATIS Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Ketua dan wakil Jabatan Negeri dan Persekutuan dan Encik Adi Irwan selaku wakil Pempamer buku.
  • Hari Pertama Pesta Buku Negeri Sembilan 2019.