A- A A+
 faq  phone  compose  sitemap
 Soalan 
Lazim

Hubungi 
Kami 

 Aduan dan
Maklum Balas

Peta
Laman 
  • main header

  • Untitled 2 01
  • emerald

  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Aktiviti Terkini PPANS

    Masukkan Emel Anda:

  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • free banner
  • TIADA TENDER/SEBUTHARGA PPANS BUAT MASA INI

     
  • arrow2Dasar Terbuka Sektor Awam (DATASET)

    Portal Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di  Persidangan CIO ASEAN  2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.Portal ini telah dinaik taraf dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini.  Pada awal tahun 2016, portal versi beta telah menggantikan portal sedia ada.  Kini, portal versi beta telah dinaik taraf kepada portal versi terkini.

  • Harap maaf, tiada tawaran Jawatan Kosong buat masa ini

  • Poster ANS website
  • half

    Muat turun borang Penyertaaan

    BORANG PENYERTAAN ANUGERAH SASTERA 2019
    BORANG PENYERTAAN ANUGERAH MEDIA 2019

    Tarikh Penyertaan Bermula 22 Julai - 6 September 2019

    Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia:

    013-3880041    -    En. Hamdan Bin Haji Nordin (Penyelaras)
    019-2884291    -    Pn. Wan Nurul Izzatie Bt Wan Ibrahim (Media)
    018-2626483    -    Pn. Norhadilah Bt Mat Din (Sastera)

Lailatul Qadar



Istiqamah Beribadah Mencari Lailatul Qadar.

Hari ini genap 21 hari kita telah menjalani ibadah puasa. Justeru, masih berbaki sembilan hari lagi untuk kita sempurnakan ibadah puasa dengan memanfaatkan sebaik mungkin sisa-sisa hari yang masih lagi tinggal. Bulan Ramadhan yang awalnya merupakan rahmat, pertengahannya merupakan pengampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka sewajarnnya disempurnakan dengan melunaskan ibadah wajib serta memperbanyakkan lagi ibadah sunat bagi meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.
 
Sementelah lagi, pada fasa sepuluh hari terakhir Ramadhan Allah SWT telah menyediakan malam yang lebih mulia berbanding 1,000 bulan iaitu lailatul qadar. Pada malam inilah al-Quran telah diturunkan untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman bagi seluruh umat Islam dalam mengemudi bahtera kehidupan di alam fana ini.

Hal ini telah dinyatakan di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatul qadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibrail turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar" (surah al-Qadr, ayat 1-5).

Dalam ayat di atas., Allah SWT secara jelas telah menerangkan berkaitan penurunan al-Quran pada malam al-Qadar. Ini merupakan bukti jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam lailatul qadar yang tiada tolok bandingannya. Oleh yang demikian, Allah SWT telah menjanjikan bahawa sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dan menepati malam lailatul qadar, maka akan diberi ganjaran pahala amalan mereka itu melebihi ibadah yang dilakukan selama 1,000 bulan.

Dalam menghayati pengertian al-Qadar itu sendiri, sebahagian ulama berpendapat bahawa ia bermaksud pengagungan. Oleh yang demikian, di sini dapat kita fahami bahawa lailatul qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana telah diturunkan al-Quran pada malam berkenaan, turunnya malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan Allah SWT serta pada malam tersebutlah juga Allah SWT akan menganugerahkan keagungan dan kemuliaan kepada mereka yang melakukan ibadah pada malam tersebut. Selain itu, al-Qadr juga membawa maksud penetapan. Oleh itu, lailatul qadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya.

Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab). (Kami menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmah serta ketetapan yang bakal berlaku (surah al-Dukhan, ayat 3-4).

Lebih istimewa lagi apabila malam lailatul qadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari dan meraih rahmat serta kasih sayang daripada-Nya. Justeru bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dan sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadah sepanjang bulan Ramadhan, maka pastinya mereka tidak akan terlepas untuk menemui malam yang lebih mulia daripada seribu bulan ini.

Oleh yang demikian, bagi meraih pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan, umat Islam disarankan agar terus melipatgandakan ibadah-ibadah sunat bagi mencari dan merebut malam lailatul qadar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan (hadis riwayat Muslim).

Dalam sabdanya yang lain, baginda SAW juga ada menyebut yang bermaksud: "Carilah lailatul qadar pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir (hadis riwayat Muslim). Daripada kedua-dua hadis di atas dapat disimpulkan bahawa kita seharusnya melipatgandakan ibadah pada malam-malam yang ganjil bermula 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan.

Malah, dalam melewati sepuluh hari terakhir Ramadhan, Rasulullah SAW akan mencari lailatul qadar dan menyeru sahabat-sahabat Baginda agar turut serta mencarinya dengan menghidupkan malam-malam berkenaan dengan beribadah (qiamullail). Bahkan, baginda juga akan mengejutkan ahli keluarganya pada 10 malam terakhir Ramadhan dengan harapan supaya dapat memperoleh lailatul qadar yang penuh dengan keistimewaan dan keberkatan.

Sesungguhnya ibadah qiamullail merupakan kegemaran Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda. Ummul Mukminin Saidatina Aishah r.a. pernah berkata: Janganlah kamu meninggalkan ibadah qiamullail kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya. Apabila baginda sakit atau keletihan, baginda bersolat dalam keadaan duduk. Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu" (hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam peristiwa yang lain, telah diriwayatkan juga bahawa Saidina Umar al-Khattab r.a. mengerjakan solat malam sehingga sampai separuh malam. Kemudian beliau mengejutkan keluarganya supaya mendirikan solat dengan berkata: "Solat, solat" sambil membaca ayat 132 daripada surah Taha yang bermaksud: "Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, malah Kami yang memberikan rezeki kepadamu. Kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa".

Sewajarnya teladan yang ditunjukkan oleh Rasullullh SAW dan para sahabat Baginda dalam menghayati bulan Ramadhan dan sepuluh malam terakhir Ramadhan dijadikan pedoman kepada seluruh umat Islam pada hari ini. Sesungguhnya pedoman yang telah ditunjukkan oleh Baginda jelas memberi gambaran kepada kita bahawa betapa tinggi dan bernilainya detik-detik terakhir Ramadhan yang sedang kita lewati pada saat ini. Mudah-mudahan masih belum terlambat untuk kita sama-sama terus beristiqamah dalam melaksanakan ibadah kita sehingga ke penghujung Ramadhan bagi memperoleh lailatul qadar yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada kita.

(Sumber dari Laman Web IKIM : http://www.ikim.gov.my )



Tags: ppans, lailatulqadar, ramadhan, berpuasa

  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 3
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • Program ini telah diadakan pada 16 Ogos 2019 bertempat di Perpustakaan Awam Kuala Pilah. Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakan budaya membaca dikalangan masyarakat dengan penyediaan bahan bacaan melalui sumbangan Kelab Rotary. Majlis telah disempurnakan oleh YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz. Turut hadir YB Mohamad Nazaruddin Sabtu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu yang juga ADUN Pilah, Pegawai Daerah Kuala Pilah Tuan Syahrul Nizam, En Hamdan B Hj Nordin Timbalan Pengarah PPANS dan En Low Wah Hong Pengerusi Kelab Rotary Kuala Lumpur City Center serta wakil-wakil jabatan negeri dan persekutuan
  • Alhamdulillah selesai Rakaman Temubual Sejarah Lisan Bersama En Haron bin Mansor Penggiat Permainan Tradisional di Negeri Sembilan (02.08.2019) #MenyemarakkanBudayaMembaca #KoleksiNegeriSembilan #PerpustakaanAwamNegeriSembilan
  • Nur Herman Majid berasal dari Rembau, Negeri Sembilan merupakan bekas atlet Malaysia bagi acara 110 meter lari berpagar. Beliau berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Sukan Olimpik, Kejohanan Olahraga Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan merupakan juara sebanyak 6 kali di peringkat Sukan SEA. Catatan terbaiknya dalam acara 110 meter lari berpagar ialah 13.73 saat. Rekod tersebut merupakan rekod kebangsaan yang direkodkan pada tahun 1994. Manakala dalam acara 60 meter, beliau berjaya merekodkan catatan masa 8.03 saat pada tahun 1995. Beliau telah bersara daripada acara sukan olahraga pada tahun 2001. Unit Media dan Koleksi Negeri Sembilan serta Unit Pelanggan Rembau telah membuat rakaman sejarah Lisan mengenai diri beliau pada 6 Ogos 2019 bertempat di Menara CIMB Kuala Lumpur. Rakaman ini akan menjadi bahan rujukan kepada pengguna PPANS.
  • Tahniah diucapkan kepada pasukan koir PPANS yang telah berjaya mendapat tempat kelima dalam Pertandingan Koir antara Jabatan Negeri Sembilan yang diadakan pada 4 Ogos 2019 Bertempat di Dewan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan
  • 24 Julai 2019 Sekolah Menengah Puteri, Seremban, SMK Puteri Seremban. 700 pelajar terlibat dalam relay membaca secara bergilir dari jam 6.45 pagi hingga 4.00 ptg. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Puan Jamilah @ Chumila Bt Hj Katis Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.
  • Lawatan kerja Perpustakaan USIM ke PPANS yang diketuai oleh Puan Nor Azzah bt. Momin, Pemangku Ketua Pustakawan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
  • Majlis Jalinan Ilmu sempena Aidilfitri 2019 telah diadakan pada 21 jun 2019.Majlis berlangsung dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang.Turut diundang Menteri Besar Negeri Sembilan,Dato' Seri Aminuddin bin Harun bagi memeriahkan lagi majlis.
  • Bersama kami di kempen WORLD #QURANHOUR pada esok 25 RAMADAN 1440H bersamaan 30 MEI 2019, 10.00 pagi Seluruh Dunia berinteraksi selama 1 jam dengan Al-Quran menggemakan surah Al-Kahf. . lakukan dimana saja samada berkumpulan atau sendirian dirumah atau di pejabat . Trendingkan World #QuranHour. Upload gambar-gambar pada masa tersebut di Instagram, Twitter & Facebook anda. Jangan lupa hashtag: #QuranHour. . Interaksi dengan Al-Quran: #BacaFahamAmal
  • Majlis berbuka puasa PPANS anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan PPANS telah diadakan pada 24 mei 2019 bertempat di Zemi Qaseh Hall Seremban 2. Lebih 200 kakitangan PPANS dan PNM telah bersama-sama hadir bagi menjayakan majlis ini. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg Puan Jamilah @ Chumila Bt Hj. Katis Pengarah PPANS dan YDP KESUKA PPANS En Zainuddin Bin Zailan
  • Pada 23 Mei 2019, Pengarah PPANS Puan Jamilah@Chumila Bt Hj Katis dan para pegawai serta kakitangan PPANS telah menziarah dan meluangkan masa bersama dengan enam beradik anak yatim di Kampung Legong Ulu, Astana Raja Rembau Anak-anak ini telah kehilangan ibu mereka ketika bertugas sebagai pencuci pejabat di sebuah bank di Rembau akibat kemalangan motosikal semasa pulang ke rumah. Kanak-kanak ini sekarang berada dibawah jagaan ibu saudaranya. Pihak PPANS juga telah memberi sedikit sumbangan kepada keluarga ini. Mudah-mudahan sumbangan ini dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung mereka enam-beradik dalam menghadapi ujian hidup yang berat ini
  • Merafak Sembah Takziah Kepada KDYMM Sultan Pahang, Kerabat DiRaja Pahang Dan Seluruh Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur Diatas Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu'adzam Shah Al Fatihah ‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين Semoga Allah Mencucuri Rahmat Keatas Roh Almarhum..