A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • LOGO

    Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.


  • overdrive logo

    Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer . PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android) .

     

    Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia". Sila gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)- apabila diminta oleh sistem portal/aplikasi mudahalih Libby), ketika anda hendak meminjam atau membaca e-buku secara dalam talian.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • BLIS NEW LOGO
     
    Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<
  •  

    Pressreader

    Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • UNiLibrary logo

    UN iLibrary adalah sebuah repositori digital khusus yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyediakan akses secara komprehensif bagi memudahkan anda membuat carian kepada sumber-sumber rujukan dan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia memudahkan Pustakawan, pakar maklumat, cendekiawan, pelajar, penggubal dasar, orang yang berpengaruh dan orang awam yang ingin mengakses kepada pelbagai terbitan, jurnal, data, laporan serta terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UN iLibrary menyediakan enjin carian serta kaedah navigasi yang fleksibel dan cekap bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diingini. Setiap tahun, kira-kira 500 tajuk baru akan dimuatnaik ke UN iLibrary. Kira-kira 70% kandungannya dalam Bahasa Inggeris dan ia meliputi topik-topik berikut: Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Perhutanan; Kanak-kanak dan Belia; Demokrasi dan Tadbir Urus; Perlucutan senjata; Dadah, Jenayah dan Keganasan; Pembangunan Ekonomi dan Sosial; Persekitaran dan Perubahan Iklim, Hak Asasi Manusia dan Pelarian; Penyelesaian Manusia dan Isu Bandar, Undang-undang dan Keadilan Antarabangsa; Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa; Penghijrahan; Sumber Asli, Air dan Tenaga; Pengaman dan Keselamatan; Penduduk dan Demografi; Kesihatan Awam ; Pengangkutan dan Keselamatan Awam; Bangsa-Bangsa Bersatu; Isu Wanita dan Jantina. Kandungan disusun mengikut tajuk, tahun penerbitan dan mengikut abjad. Enjin carian juga tersedia.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    OokbeeBuffet icon175x175

    Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 Video 2 .

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • elaw Logo

    Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • selamat hari raya 2026
  • logo library PPANS
     
    www.nslibrary.gov.my
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
    Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2, 70300 Seremban
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No. Telefon : 06-7635989
    No. Fax : 06-7635944





26 September 2018

Tajuk :Ketua pembangkang perlu bertaraf Exco

Tarikh Berita:26 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Lebih adil sistem giliran bertanya
Tarikh Berita:26 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Bangun 3 PPR
Tarikh Berita:26 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :NS kaji status tanah seperti janji manifesto
Tarikh Berita:26 September 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Dewan tegang BN jadi pembangkang
Tarikh Berita:26 September 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Ex-MB Quizzes Aminuddin On Negri's Growth Plan
Tarikh Berita:26 September 2018
Akhbar :New Straits Times

25 September 2018

Tajuk :Tambah anggota forensik

Tarikh Berita:25 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :'Hormat mandat rakyat'
Tarikh Berita:25 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Polis tunggu keputusan ujian darah
Tarikh Berita:25 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Semak, imbang pastikan bebas salah laku
Tarikh Berita:25 September 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Semak, imbang prinsip penting
Tarikh Berita:25 September 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Minta tambah pegawai penyiasat kebakaran
Tarikh Berita:25 September 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Negeri Rules; Be Selfless In Doing Tasks
Tarikh Berita:25 September 2018
Akhbar :New Straits Times

Tajuk :Act againts, wrongdoings, says Ruler
Tarikh Berita:25 September 2018
Akhbar :The Star

 

 

24 September 2018

Tajuk :Tak sesuai bawa budak mendaki

Tarikh Berita:24 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Tutup terus sekolah tahfiz
Tarikh Berita:24 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Waspada perangkap ubat, kosmetik beracun;MB
Tarikh Berita:24 September 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Dalam ilmu Fiqh Kewarganegaraan
Tarikh Berita:24 September 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :'Ruckus not surprising, has happend before'
Tarikh Berita:24 September 2018
Akhbar :New Starits Times

18 September 2018

Tajuk :Rezeki kepada PD

Tarikh Berita:18 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Kenal pasti punca banjir kilat:MB
Tarikh Berita:18 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Popularkan Seremban jadi lokasi pelancongan
Tarikh Berita:18 September 2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :'PD seat not bought with RM25 million'
Tarikh Berita:18 September 2018
Akhbar :New Straits Times

Tajuk :Bangunan sejarah tarikan pelancong
Tarikh Berita:18 September 2018
Akhbar :New Straits Times

14 September 2018

Tajuk :Serah diri dalam tempoh sebulan

Tarikh Berita:14 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Laksana tanggungjawab dengan adil
Tarikh Berita:14 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :'Budaya kerja sudah berbeza'
Tarikh Berita:14 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Merokok di tempat awam, lebih 1,600 perokok dikenakan tindakan
Tarikh Berita:14 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Serah diri segera
Tarikh Berita:14 September 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :14,000 miliki lesen terbang
Tarikh Berita:14 September 2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Serah 'lesen terbang'
Tarikh Berita:14 September 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Kajian USIM bantu kenal pasti kehendak rakyat -MB
Tarikh Berita:14 September 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Loke: One month to surrender illegal driving licinces to RTD
Tarikh Berita:14 September 2018
Akhbar :New Straits Times

Tajuk :'Lesen terbang' holders be warned
Tarikh Berita:14 September 2018
Akhbar :The Star

13 September 2018

Tajuk :Perkasa KEMAS

Tarikh Berita:13 September 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Penyampaian Sijil
Tarikh Berita:13 September 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Jamin atasi masalah penduduk Taman Bandar Senawang
Tarikh Berita:13 September 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Kerajaan NS akur tangguh projek HSR
Tarikh Berita:13 September 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :JCI sasar kilogram sisa kitar semula sehari
Tarikh Berita:13 September 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Jaga imej, elak pemusuhan - Menteri Besar
Tarikh Berita:13 September 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Seremban- MBNS, Tn Hj Aminuddin Harun dalam majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Pengerusi dan Setiausaha ,Majlis Pengurusan Komuniti Kampung N.Sembilan 2018 bertempat di Klana Resort, Seremban semalam
Tarikh Berita:13 September 2018
Akhbar :China Press

8 September 2018

Tajuk :HFMD: kes di Negeri Sembilan meningkat 11 peratus

Tarikh Berita:8 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Asap hitam : Enam lori dikompaun
Tarikh Berita:8 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Ambil tindakan jika cuai
Tarikh Berita:8 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Kimia bocor ancam kehidupan air
Tarikh Berita:8 September 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Suami isteri pegawai daerah
Tarikh Berita:8 September 2018
Akhbar :Harian Metro

6 September 2018

Tajuk :Ítu gambar lama'

Tarikh Berita:6 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Belum boleh laksana lagi
Tarikh Berita:6 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Imigresen selamat 65 warga asing
Tarikh Berita:6 September 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Kerajaan negeri tangguh istihar Seremban bandar raya
Tarikh Berita:6 September 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :288 kes jenayah seksual di Negeri Sembilan
Tarikh Berita:6 September 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

4 September 2018

Tajuk :Aminuddin kecewa wakil rakyat pembangkang tak hadir 

Tarikh Berita: 4 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Terhad untuk 300 pelajar sahaja
Tarikh Berita: 4 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Pengisytiharan ditangguhkan MB
Tarikh Berita: 4 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Inspire juara Champion Cup
Tarikh Berita: 4 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Insentif Rm4,000 menang emas
Tarikh Berita: 4 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Shamsul Iskandar yakin pertahan Naib Presiden
Tarikh Berita: 4 September 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Amakannu lega rumah tak bocor lagi
Tarikh Berita: 4 September 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Shamsul yakin pertahan kerusi Naib Presiden PKR
Tarikh Berita: 4 September 2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Empat perkhidmatan agensi kerajaan kekal di RTC Rembau
Tarikh Berita: 4 September 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

 

1 September 2018

Tajuk :Ambil tahu sebelum beli 

Tarikh Berita:1 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Rakyat jangan terlalu selasa
Tarikh Berita:1 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :negeri sembilan
Tarikh Berita:1 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Lipat ganda usaha
Tarikh Berita:1 September 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Negeri sembilan (2)
Tarikh Berita:1 September 2018
Akhbar : Utusan Malaysia

Tajuk :Zuraida Get familiar with housing policy to avoid riks
Tarikh Berita:1 September 2018
Akhbar :New Straits Times

Tajuk :Seremban- Tuanku Muhriz berkenan memeriksa kawalan kehormatan pada sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat Negeri Sembilan bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban semalam.
Tarikh Berita:1 September 2018
Akhbar : Nanyang Siang Pau

30 Ogos 2018

Tajuk :Bermalam Di Muzium di NS mula hari ini 

Tarikh Berita:30 Ogos 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Hapuskan budaya pembaziran
Tarikh Berita:30 Ogos 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Maut terkena tembakan ketika bertugas
Tarikh Berita:30 Ogos 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Projek Lembah Wawasan Malaysia akan dikaji semula
Tarikh Berita:30 Ogos 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Promosi lokasi pelancongan di sepanjang lebuh raya
Tarikh Berita:30 Ogos 2018
Akhbar : Harian Metro

  • iftar 2026
  • mpam2026
  • ramadhan dirai
  • PROGRAM WORLD QURANHOUR 2026
  • KUNJUNGAN DARIPADA FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA USIM
  • PROGRAM SAMBUTAN HARI WANITA TAHUN 2026
  • MESYUARAT AHLI LEMBAGA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN PPANS
  • sejarah lisan 2026
  • PELAKSANAAN AUDIT KENDIRI PERJAWATAN DAN ORGANISASI AKPO
  • KUNJUNGAN HORMAT GALERI DIRAJA TUANKU JAAFAR KE PPANS
  • ihya ramadhan
  • kursus asas pengawas pusat sumber
  • Majlis Iftar Ramadan 1447H/2026M 14 Mac 2026 - Majlis Iftar Ramadan bersama warga kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Negeri Sembilan merupakan antara acara tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUKA) PPANS setiap kali menjelang bulan Ramadan. Pada tahun ini, majlis telah diadakan di The Rimba, Lavender Height, Senawang. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan khas Aidilfitri kepada warga kerja yang memerlukan. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Majlis ini turut dihadiri oleh isteri kepada YBrs. Pengarah PPANS iaitu Puan Haslinda binti Basiron yang juga merupakan Pengerusi PUSPANITA PPANS. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MESYUARAT MAJLIS PENGARAH-PENGARAH PERPUSTAKAAN AWAM SE-MALAYSIA (MPAM) 12 Mac 2026 - Mesyuarat Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) Bil. 1/2026 telah diadakan di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam yang menghimpunkan pengarah-pengarah perpustakaan awam dari seluruh negara. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YM Hajah Ungku Noorakmal binti Ungku Sulaiman, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor. YBrs Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS turut hadir bagi menyertai perbincangan bersama barisan pengarah perpustakaan awam neger bagi membincangkan hala tuju serta strategi dalam memperkasa peranan perpustakaan sebagai pusat penyebaran ilmu dan pembangunan masyarakat sejajar dengan perkembangan semasa. Kehadiran Pengarah PPANS mencerminkan komitmen terhadap pemerkasaan sektor perpustakaan awam. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PROGRAM BICARA ILMU: RAMADAN DIRAI LAILATULQADAR DINANTI 12 Mac 2026 - Program Bicara Ilmu: Ramadan Dirai Lailatulqadar Dinanti telah dianjurkan oleh Pejabat Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Wanita WADANI) Negeri Sembilan dengan kerjasama Perpustakaan Awam Daerah Kuala Pilah. Program ini diadakan sebagai salah satu inisiatif bagi mengimarahkan bulan Ramadan di samping memberi pengisian ilmu serta meningkatkan penghayatan terhadap keistimewaan malam Lailatulqadar. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita Keluarga dan Masyarakat merangkap DUN Pilah. Antara pengisian yang diadakan adalah Persembahan Berzanji, sesi Bicara Ilmu: Ramadan Dirai Lailatulqadar Dinanti yang disampaikan Oleh Tuan Hj Norazman Bin Amat, Pengarah Jabatan Wakaf & Mal Negeri Sembilan, Cabutan Peserta Bertuah dan reruai pameran dan jualan. Turut hadir, YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS, Encik Mohamad Hadzriq bin ab Karim, Datuk-Datuk Penghulu DUN mewakil Pegawai Daerah Kuala Pilah. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PROGRAM WORLD #QURANHOUR 2026 11 Mac 2026 10.00 pagi Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Hari ini Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) turut serta dalam Program World #QuranHour 2026 yang diadakan serentak di seluruh negara. Program ini berkonsepkan pembacaan, penghayatan, tadabbur, dan mengamalkan Al-Quran secara bersama sebagai usaha mendekatkan masyarakat dengan kitab suci Al-Quran. Warga kerja PPANS dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Negeri Sembilan telah berkumpul secara fizikal dan maya bagi bersama-sama membaca dan menghayati isi kandungan Surah Al-Muzzammil (Orang yang berselimut). Misi World #QuranHour pada tahun ini memberi tumpuan kepada Surah Al-Muzzammil (Orang yang berselimut), iaitu surah ke-73 yang mengandungi 20 ayat dan berada dalam Juzuk ke-29. Sesi tadabbur Surah Al-Muzzammil (Orang yang berselimut) telah disampaikan oleh YM Ustaz Tengku Nor Iftah Bin Tengku Jamil, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang telah berkongsi penghayatan serta pengajaran yang terkandung dalam surah tersebut. Pada masa yang sama, PPANS turut mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Encik Mohd Nizam bin Yunos (Unit Kewangan PPANS). Warga kerja PPANS dan PNM Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan semangat membaca Al-Quran dalam kalangan warga kerja.
  • KUNJUNGAN DARIPADA FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA, USIM 10 Mac 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima kunjungan daripada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi mengadakan perbincangan awal kolaborasi antara kedua-dua pihak. Pertemuan ini bertujuan meneroka potensi kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan ilmu, penyelidikan serta inovasi. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak telah berkongsi pandangan dan idea berkaitan peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang. Kunjungan delegasi USIM pula diketuai oleh YBrs. Profesor Ir. Dr. Hafizal Mohamad, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, USIM. Perbincangan yang berlangsung ini diharap dapat menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara PPANS dan USIM pada masa akan datang. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PROGRAM SAMBUTAN HARI WANITA TAHUN 2026 9 Mac 2026 2.30 petang Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menganjurkan Program Sambutan Hari Wanita Tahun 2026 dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan dan BAKRIYAH Negeri Sembilan. Program ini diadakan bagi menghargai peranan dan sumbangan wanita dalam pelbagai bidang serta mengeratkan hubungan kerjasama antara agensi yang terlibat.Sementara itu, para hadirin turut berpeluang mengikuti ceramah bertajuk “Keseimbangan Emosi dan Peranan Wanita Masa Kini” yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Norazman bin Amat, Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Ceramah tersebut memberi penekanan kepada kepentingan membina kekuatan dalaman, menjaga keseimbangan emosi serta peranan wanita dalam menyeimbangkan tanggungjawab antara kerjaya, keluarga dan ibadah demi kesejahteraan diri dan masyarakat. Kemuncak program diserikan dengan sesi simbolik Sambutan Hari Wanita Tahun 2026 yang telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Datin Seri Hajah Wan Hasni binti Wan Yusof, Yang Dipertua BAKRIYAH Negeri Sembilan. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Datin Suriani binti Yahya, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan.
  • MESYUARAT AHLI LEMBAGA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN (PPANS) Bil.1/2026 7 Mac 2026 (Jumaat) 2.30 petang Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Wisma Negeri, Seremban Mesyuarat Ahli Lembaga PPANS Bil. 1/2026 telah dipengerusikan oleh YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan. Mesyuarat telah dihadiri oleh Ahli Lembaga PPANS:
  • SEJARAH LISAN - TOKOH AKADEMIK, SENIMAN DAN AKTIVIS BUDAYA DI NEGERI SEMBILAN 27 Februari 2026 - Program Sejarah Lisan melalui sesi Pengkisahan Sejarah Lisan bersama YBhg. Prof Adjung Dr. Ahmad Rashidi bin Hasan iaitu seorang tokoh akademik, seniman dan aktivis budaya terkemuka di Negeri Sembilan. Sesi temu bual yang dijalankan merupakan satu usaha pendokumentasian yang penting bagi merakam latar belakang serta kisah kehidupan tokoh sebagai bahan rujukan berharga. Inisiatif ini bertujuan untuk mengumpul maklumat autentik daripada sumber primer bagi memastikan warisan intelektual dan budaya Negeri Sembilan terus terpelihara. Hasil pengkisahan ini akan dimanfaatkan sebagai sebahagian daripada Koleksi Negeri Sembilan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) sekali gus memperkayakan sumber rujukan untuk generasi kini dan akan datang. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PELAKSANAAN AUDIT KENDIRI PERJAWATAN DAN ORGANISASI (AKPO) 11 Januari 2026 - Pelaksanaan Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah dilaksanakan dan proses pengauditan telah dijalankan oleh pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan yang diketuai oleh Puan Rosrita binti Mohamad Nordin. Sebelum proses pengauditan dijalankan, satu sesi pertemuan bersama Bahagian Pengurusan PPANS yang dipengerusikan oleh Puan Berdiana binti Hj.Berahim, Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan PPANS telah diadakan bagi menyelaras skop audit, kaedah pelaksanaan serta penyediaan dokumen berkaitan bagi memastikan proses audit berjalan lancar dan teratur. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • KUNJUNGAN HORMAT GALERI DIRAJA TUANKU JA’AFAR KE PPANS 10 Januari 2025 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima kunjungan hormat daripada Galeri Diraja Tuanku Ja’afar yang diketuai oleh Encik Mohd Khairil Hisham bin Mohd Ashaari, Kurator Galeri Diraja Tuanku Ja’afar bersama pegawai-pegawai iringan. Kunjungan ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi dalam usaha memperkasakan peranan institusi sebagai pusat rujukan ilmu dan warisan negeri. Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh pihak pengurusan PPANS dan sesi pertemuan telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MAJLIS IHYA RAMADAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN (PPANS) 6 Februari 2026 - Menjadi kebiasaan setiap tahun sempena menyambut bulan Ramadan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) akan mengadakan Majlis Ihya Ramadan yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat menghayati bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga PPANS dan Perpustakaan Desa PNM Negeri Sembilan. Antara pengisian utama majlis ini ialah bacaan yasin dan tazkirah sempena bulan Ramadan yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Nizam bin Yunos (Unit Kewangan PPANS). Pengisian rohani ini memberi peringatan kepada semua warga kerja tentang kepentingan mengimarahkan Ramadan dengan amalan-amalan yang baik dan berterusan. Majlis ini turut diserikan dengan ucapan daripada YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS yang menzahirkan harapan agar program seperti ini dapat terus menjadi platform dalam memupuk semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan warga kerja PPANS dan PNM Negeri Sembilan. Selain itu, majlis turut disertakan dengan Majlis Apresiasi Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat PPANS sebagai tanda penghargaan kepada pihak-pihak yang telah memberi sumbangan dan komitmen dalam menjayakan agenda organisasi. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • KURSUS ASAS PENGAWAS PUSAT SUMBER 30 Januari 2026 - Kursus Asas Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin telah diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pengawas pusat sumber mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengurus serta membantu operasi pusat sumber sekolah. Kursus ini telah disertai seramai 72 orang murid serta 4 orang guru pengiring. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca