A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • LOGO

    Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.


  • overdrive logo

    Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer . PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android) .

     

    Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia". Sila gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)- apabila diminta oleh sistem portal/aplikasi mudahalih Libby), ketika anda hendak meminjam atau membaca e-buku secara dalam talian.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • BLIS NEW LOGO
     
    Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<
  •  

    Pressreader

    Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • UNiLibrary logo

    UN iLibrary adalah sebuah repositori digital khusus yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyediakan akses secara komprehensif bagi memudahkan anda membuat carian kepada sumber-sumber rujukan dan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia memudahkan Pustakawan, pakar maklumat, cendekiawan, pelajar, penggubal dasar, orang yang berpengaruh dan orang awam yang ingin mengakses kepada pelbagai terbitan, jurnal, data, laporan serta terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UN iLibrary menyediakan enjin carian serta kaedah navigasi yang fleksibel dan cekap bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diingini. Setiap tahun, kira-kira 500 tajuk baru akan dimuatnaik ke UN iLibrary. Kira-kira 70% kandungannya dalam Bahasa Inggeris dan ia meliputi topik-topik berikut: Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Perhutanan; Kanak-kanak dan Belia; Demokrasi dan Tadbir Urus; Perlucutan senjata; Dadah, Jenayah dan Keganasan; Pembangunan Ekonomi dan Sosial; Persekitaran dan Perubahan Iklim, Hak Asasi Manusia dan Pelarian; Penyelesaian Manusia dan Isu Bandar, Undang-undang dan Keadilan Antarabangsa; Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa; Penghijrahan; Sumber Asli, Air dan Tenaga; Pengaman dan Keselamatan; Penduduk dan Demografi; Kesihatan Awam ; Pengangkutan dan Keselamatan Awam; Bangsa-Bangsa Bersatu; Isu Wanita dan Jantina. Kandungan disusun mengikut tajuk, tahun penerbitan dan mengikut abjad. Enjin carian juga tersedia.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    OokbeeBuffet icon175x175

    Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 Video 2 .

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • elaw Logo

    Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • selamat hari raya 2026
  • logo library PPANS
     
    www.nslibrary.gov.my
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
    Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2, 70300 Seremban
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No. Telefon : 06-7635989
    No. Fax : 06-7635944





24 Mei 2018

Tajuk :2 ahli Geng Mamak terbabit 45 kes samun
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar : Berita Harian

Tajuk :10 ADUN angkat sumpah EXCO
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar : Harian Metro

Tajuk :Hiba Aidilfitri tanpa ayah di sisi
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar : Harian Metro

Tajuk :Streram fail petisyen mohon diadakan PRK DUN Rantau
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar : Kosmo

Tajuk :10 Exco angkat sumpah jawatan
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar : Kosmo

Tajuk :Calon PKR Dun Rantau fail petisyen
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :10 exco angkat sumpah
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Aminuddin masuk rumah rasmi MB
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Barisan EXCO kerajaan Negeri Sembilan
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Exco perlu isytihar harta
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Dua Geng Mamak ditembak mati
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Dihimpit kebimbangan
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Aminuddin kunjung kasih Undang Luak Johol
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Syurga dibawah tapak kaki ibu
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Tuanku Muhriz ingatkan Exco Negeri Sembilan jangan salah guna kuasa
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar :Utusan Malaysia  

Tajuk :USIM perkenal projek Kampus tanpa Tunai
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Geng Mamak terlibat 45 kes samun RM1juta
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Negri to reveal portfolios today
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar :New Straits Times

Tajuk :All Negeri exco members must declare assets
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar :The Star

Tajuk :10 Excos take oath of office in n.sembilan
Tarikh Berita :24 Mei 2018
Akhbar :The Sun

23 Mei 2018

Tajuk :Dua lelaki dipercayai anggota Geng Mamak ditembak mati
Tarikh Berita :23 Mei 2018
Akhbar : Berita Harian

Tajuk :Kerajaan negeri teruskan cadangan naik taraf MDJL
Tarikh Berita :23 Mei 2018
Akhbar : Berita Harian

Tajuk  :10 Exco baru kerajaan negeri dilantik
Tarikh Berita :23 Mei 2018
Akhbar : Harian Metro

Tajuk  :Didik masyarakat elak pembaziran
Tarikh Berita :23 Mei 2018
Akhbar : Harian Metro

Tajuk  :Usaha naik taraf MDJL tetap diteruskan
Tarikh Berita :23 Mei 2018
Akhbar : Harian Metro

Tajuk  :Hasrat makbul
Tarikh Berita :23 Mei 2018
Akhbar : Harian Metro

Tajuk  :Mariam tak diabai
Tarikh Berita :23 Mei 2018
Akhbar : Harian Metro

Tajuk  :Rapatkan kembali ukhuwah masyarakat
Tarikh Berita :23 Mei 2018
Akhbar : Sinar Harian

Tajuk  :Jom Meriahkan Ihya Ramadan
Tarikh Berita :23 Mei 2018
Akhbar : Sinar Harian

Tajuk  :Klik
Tarikh Berita :23 Mei 2018
Akhbar : Sinar Harian

Tajuk  :Rumah terbengkalai selepas PRU
Tarikh Berita :23 Mei 2018
Akhbar : Sinar Harian

Tajuk  :SWCrop : Hargai makanan sepanjang Ramadan
Tarikh Berita :23 Mei 2018
Akhbar : Utusan Malaysia

19 Mei 2018

Tajuk :Beri tempoh laksana manifesto
Tarikh Berita:19 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Kes curi kabel TNB menurun
Tarikh Berita:19 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :43 fakir miskin terima bantuan Aidilfitri RM300
Tarikh Berita:19 Mei  2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :43 asnaf terima bantuan
Tarikh Berita:19 Mei  2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Jadual kutipan sampah seperti biasa sepanjang Ramadan
Tarikh Berita:19 Mei  2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Tuanku Muhriz berkenan hadir majlis berbuka puasa
Tarikh Berita:19 Mei  2018
Akhbar :Kosmo

17 Mei 2018

Tajuk :'Beri saya peluang tadbir negeri ini'
Tarikh Berita:17 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Pembangkang dibenarkan guna dewan orang ramai
Tarikh Berita:17 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Siapa bakal dipilih exco?
Tarikh Berita:17 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Negeri Sembilan terus khidmat ketua kampung
Tarikh Berita:17 Mei  2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :PZNS buka kaunter setiap hari
Tarikh Berita:17 Mei  2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Tak tamat perkhidmatan
Tarikh Berita:17 Mei  2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :PZNS buka kaunter bayaran setiap hari
Tarikh Berita:17 Mei  2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Pembangkang boleh guna dewan orang ramai
Tarikh Berita:17 Mei  2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Pesta Buku NS dapat sambutan
Tarikh Berita:17 Mei  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

16 Mei 2018

Tajuk :Exco NS umum minggu depan
Tarikh Berita:16 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Turunkan segera bahan berkempen
Tarikh Berita:16 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Exco bakal diwakili pemimpin terhebat
Tarikh Berita:16 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Jalankan tugas seperti biasa
Tarikh Berita:16 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Luak Johol rangka program sempena Ramadan
Tarikh Berita:16 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :'Jangan pula ada jurang'
Tarikh Berita:16 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :10 Exco kerajaan N. Sembilan diumum minggu depan
Tarikh Berita:16 Mei  2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Negeri ,barisan Exco Kerajaan Negeri dijangka akan diumumkan pada pertengahan minggu hadapan .Portfolio akan hampir sama dengan sebelumnya, namun akan ada beberapa aspek yang ditambah baik.
Tarikh Berita:16 Mei  2018
Akhbar :China Press

Tajuk :Exco NS dijangka akan diumumkan minggu depan. Sebanyak 10 perjawatan Exco akan dibentuk melibatkan semua wakil daripada pimpinan parti dalam Pakatan Harapan.
Tarikh Berita:16 Mei  2018
Akhbar :Sin Chew Daily

15 Mei 2018

Tajuk :Polis sedia siasat khalid
Tarikh Berita:15 Mei 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :JPJ teruskan dasar sedia ada
Tarikh Berita:15 Mei 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Agenda utama Hari Bumi
Tarikh Berita:15 Mei 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Hari pertama MB masuk pejabat
Tarikh Berita:15 Mei 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :proses pemutihan kenderaan
Tarikh Berita:15 Mei 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Siasat jika ada laporan
Tarikh Berita:15 Mei 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Polis belum terima arahan siasat Khalid
Tarikh Berita:15 Mei 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Menyatupadukan rakyat Paroi
Tarikh Berita:15 Mei 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Bazar Ramadan Pilah Perdana 17 Mei ini
Tarikh Berita:15 Mei 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Strategi keselamatan IPD Jempol
Tarikh Berita:15 Mei 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Aminuddin mula teraju N. Sembilan
Tarikh Berita:15 Mei 2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Tiada arahan siasat bekas KPN
Tarikh Berita:15 Mei 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Negri speaker expected to be from Pribumi
Tarikh Berita:15 Mei 2018
Akhbar :The Star

Tajuk :Menteri Besar baharu di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) Aminuddin Harun memulakan tugas pertama di Pejabat Menteri Besar di Wisma Negeri semalam. Beliau disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mat Ali Hassan
Tarikh Berita:15 Mei 2018
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Hari pertama MBNS yang baharu, Aminuddin Harun masuk ke pejabat Menteri Besar di Wisma Negeri semalam. Beliau disambut oleh kakitangan pejabat SUKNS dan sempat beramah mesra sebelum naik ke pejabatnya
Tarikh Berita:15 Mei 2018
Akhbar :China Press

Tajuk :Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bersama Tuanku Aishah Rohani berkenan bergambar kenangan dengan pegawai IPD Jempol selepas Perasmian IPD Jempol semalam
Tarikh Berita:15 Mei 2018
Akhbar :Nanyang Siang Pau

14 Mei 2018

Tajuk :Tuanku Muhriz hadir Majlis Tausiah Ambang Ramadan
Tarikh Berita:14 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :170 warga emas, OKU terima sumbangan
Tarikh Berita:14 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Beri tempoh 24 jam
Tarikh Berita:14 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Pertahankan Perlembagaan Persekutuan
Tarikh Berita:14 Mei  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Pulangkan aset Kerajaan Negeri
Tarikh Berita:14 Mei  2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :JAS Negeri Sembilan mahu kekalkan keindahan pantai
Tarikh Berita:14 Mei  2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :'Return stolen items or face action'
Tarikh Berita:14 Mei  2018
Akhbar :New Straits Times

Tajuk :Negri MB; Return stolen items
Tarikh Berita:14 Mei  2018
Akhbar :The Star

13 Mei 2018

Tajuk :Aminuddin MB ke-8
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Intergriti laksanakan amanah
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :'kena bantu beli tiket'
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Sedia terima sesiapa sahaja
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Kerajaan negeri diminta bantu projek terbengkalai
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Video klip raya bantu promosi Muzium Rembau
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :'Tadbir dengan telus, intergriti'
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Aminuddin minta restu bapa
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Aminuddin janji lebih bagus
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Aminuddin angkat sumpah
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Menteri Besar Negeri Sembilan
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Tunaikan amanah rakyat - Tuanku Muhriz
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :Mingguan Malaysia

Tajuk :Aminuddin sworn in as Negri MB
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :New Straits Times

Tajuk :Tuanku Muhriz calls for transparancy, accountability
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :New Straits Times

Tajuk :Tears of joy youngest child is named MB
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :New Straits Times

Tajuk :Aminuddin Harun
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :New Straits Times

Tajuk :Tuanku Muhriz; Nation badly needs honest heads
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :Sunday Star

Tajuk :Pengerusi Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Besar Seri Menanti , Kuala Pilah pagi semalam. Aminuddin, 51 yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :China Press

Tajuk :Barisan kepimpinan Negeri Sembilan yang baharu memuji pentadbiran Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan sebelum ini sangat bagus dan kami berjanji akan melakukan yang lebih bagus lagi, kata Menteri Besar Negeri Sembilan
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :Nanyang Siang Pau

Tajuk :MBNS dan barisan kepimpinan yang baharu berjanji untuk mentadbir negeri ini dengan lebih baik. Perkara utama yang akan dibuat ialah melaksanakan agenda bersih. Beliau inginkan satu kerajaan yang bersih daripada semua aspek
Tarikh Berita:13 Mei  2018
Akhbar :Sin Chew Daily

8 Mei 2018

Tajuk :'Terima kasih Tok Mat'
Tarikh Berita:8 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Fit Malaysia NS dapat sambutan
Tarikh Berita:8 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Kesinambungan kejayaan BN
Tarikh Berita:8 Mei  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :MVV ke arah Negeri Sembilan moden 2045
Tarikh Berita:8 Mei  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Menyerahkan sijil layak menduduki kepada 92 pembeli rumah di Taman Seri Mambau yg telah terbengkalai selama 14 tahun. Projek terbengkalai kerana pemaju bankrap. Kesengsaraan semua pembeli rumah telah berakhir hari ini
Tarikh Berita:8 Mei  2018
Akhbar :China Press

Tajuk :Menteri Besar Negeri Sembilan,YAB Dato'Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan hadir di Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Cina Hosapa yang diadakan di Dewan Orang Ramai Titi, Jelebu.
Tarikh Berita:8 Mei  2018
Akhbar :China Press

Tajuk :Small state , big Investments
Tarikh Berita:8 Mei  2018
Akhbar :The Star

7 Mei 2018

Tajuk :Memperkasakan kaum India
Tarikh Berita:7 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :100 peratus laksana Aku Janji
Tarikh Berita:7 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Rumah generasi kedua Felda
Tarikh Berita:7 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :MB kota janji kepada penduduk Sendayan
Tarikh Berita:7 Mei  2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Tok Mat tunai janji
Tarikh Berita:7 Mei  2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Usaha memperkasa modal insan berkualiti
Tarikh Berita:7 Mei  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Negri MB Launches Sendayan Project
Tarikh Berita:7 Mei  2018
Akhbar :New Straits Times

3 Mei 2018

Tajuk :Anak Rantau perlu mengundi
Tarikh Berita:3 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Kerajaan negeri optimumkan tahap kesihatan rakyat
Tarikh Berita:3 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Komited keselamatan rakyat
Tarikh Berita:3 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Bina masjid baru bernilai RM9 juta di Gemas
Tarikh Berita:3 Mei  2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :'Gencatan senjata' tiga pihak di pasar tani
Tarikh Berita:3 Mei  2018
Akhbar :Harian Metro

1 Mei 2018

Tajuk :Sebanyak 200 unit rumah akan didirikan mulai Julai ini, dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun. Penantian 43 keluarga untuk memiliki rumah yang selesa sendiri tercapai apabila kerajaan negeri melancarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Sutera Labu, Ladang Kirby semalam. Rumah tersebut akan dijual dengan harga RM35,000 sahaja, dan jika tidak mampu mereka boleh sewa dengan bayaran RM250 sebulan. Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh MBNS, YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.
Tarikh Berita:1 Mei  2018
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk : Pengerusi BN Negeri, YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan merangkap Adun Rantau dah bersedia bertanding dengan calon parti pembangkang dan beliau yakin boleh menang dengan selesa di DUN Rantau. Beliau bercakap semasa Pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Ladang Kirby, Labu semalam.
Tarikh Berita:1 Mei  2018
Akhbar :China Press

Tajuk : Kecewa dituduh berkomplot
Tarikh Berita:1 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk : Penantian miliki rumah berakhir
Tarikh Berita:1 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk : Klik
Tarikh Berita:1 Mei  2018
Akhbar :Sinar Harian

28 April 2018

Tajuk :Negeri Sembilan moden 2045
Tarikh Berita:28 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Raih kemenangan berganda
Tarikh Berita:28 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Boling satukan tiga kampus UiTM
Tarikh Berita:28 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Malaysia kini tidak beretika lapor 1MDB
Tarikh Berita:28 April 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Gerudi peti besi, Larikan emas RM2j
Tarikh Berita:28 April 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Rakyat semakin faham isu sebenar syarikat 1MDB
Tarikh Berita:28 April 2018
Akhbar : Kosmo

Tajuk : PPA1M Plus rahmat buat penjawat awam
Tarikh Berita:28 April 2018
Akhbar : Utusan Malaysia

Tajuk : Pelbagai projek kediaman dibina di Negeri Sembilan
Tarikh Berita:28 April 2018
Akhbar : Utusan Malaysia

Tajuk : Kemudahan Infrastruktur diberi perhatian
Tarikh Berita:28 April 2018
Akhbar : Utusan Malaysia

Tajuk : Chong glad promises to schools kept
Tarikh Berita:28 April 2018
Akhbar : The Star

Tajuk : Portal's article unethical, false
Tarikh Berita:28 April 2018
Akhbar : New Straits Times

27 April 2018

Tajuk :Keahlian percuma di semua perpustakaan
Tarikh Berita:27 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Hadiah untuk penjawat awam
Tarikh Berita:27 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Infrastruktur taraf dunia, transformasi desa berjaya
Tarikh Berita:27 April 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :360 unit PPA1M Plus dibina diBandar Sri Sendayan
Tarikh Berita:27 April 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :360 PPA1M Plus Dibina di Sendayan
Tarikh Berita:27 April 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Dua beranak dapat perhatian
Tarikh Berita:27 April 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Merasmikan Projek Perumahan Khas untuk Penjawat Awam Negeri Sembilan, PPA1M Bandar Sri Sendayan di Jalan Gadong Jaya - Kayu Ara, Sendayan.

Sebanyak 360 unit rumah akan dibina iaitu 109 unit rumah teres satu tingkat mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air dengan keluasan 1,165 kaki persegi manakala 251 unit lagi merupakan teres dua tingkat mempunyai 4 bilik dan 3 bilik air dengan keluasan 2,021 kaki persegi.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa.
Tarikh Berita:27 April 2018
Akhbar :China Press

Tajuk :Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan hadir merasmikan Projek Perumahan Khas Penjawat Awam Negeri Sembilan (PPA1M Plus Bandar Sri Sendayan) di Jalan Gadong Jaya-Kayu Ara, Sendayan.

Sebanyak 360 unit rumah akan dibina terdiri daripada 109 unit rumah teres satu tingkat (3 bilik, 2 tandas) berharga RM245,000 dengan keluasan 1,165 kaki persegi. Manakala sebanyak 251 unit rumah lagi adalah teres dua tingkat (4 bilik, 2 tandas) berharga RM340,000 dengan keluasan 2,021 kaki persegi.

Bagi setiap unit rumah PPA1M Plus ini, kerajaan telah memperuntukkan subsidi sebanyak RM55,000 bagi rumah teres satu tingkat dan RM45,000 bagi rumah teres dua tingkat.

Projek perumahan ini dibina di atas tanah Kerajaan Negeri seluas 45 ekar oleh pemaju Matrix Concept. PPA1M Plus Bandar Sri Sendayan hanya dikhaskan untuk penjawat awam yang berkhidmat di Negeri Sembilan sahaja tidak seperti projek PPA1M lain yang boleh dimohon oleh semua penjawat awam seluruh Malaysia.
Tarikh Berita:27 April 2018
Akhbar :Sin Chew Daily

26 April 2018

Tajuk :Gemencheh lembah ilmu pendidikan Islam
Tarikh Berita:26 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Yakin kekal terajui Negeri Sembilan
Tarikh Berita:26 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Hospital Rembau siap 2 bulan lagi
Tarikh Berita:26 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Majlis Santapan Diraja raikan rakan industri Usim
Tarikh Berita:26 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Sasar status perbandaran
Tarikh Berita:26 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Gemas sebagai Agropolis, pemangkin status MPT
Tarikh Berita:26 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :BN penuhi janji di Negeri Sembilan , kesejahteraan rakyat diutamakan
Tarikh Berita:26 April 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

  • iftar 2026
  • mpam2026
  • ramadhan dirai
  • PROGRAM WORLD QURANHOUR 2026
  • KUNJUNGAN DARIPADA FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA USIM
  • PROGRAM SAMBUTAN HARI WANITA TAHUN 2026
  • MESYUARAT AHLI LEMBAGA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN PPANS
  • sejarah lisan 2026
  • PELAKSANAAN AUDIT KENDIRI PERJAWATAN DAN ORGANISASI AKPO
  • KUNJUNGAN HORMAT GALERI DIRAJA TUANKU JAAFAR KE PPANS
  • ihya ramadhan
  • kursus asas pengawas pusat sumber
  • Majlis Iftar Ramadan 1447H/2026M 14 Mac 2026 - Majlis Iftar Ramadan bersama warga kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Negeri Sembilan merupakan antara acara tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUKA) PPANS setiap kali menjelang bulan Ramadan. Pada tahun ini, majlis telah diadakan di The Rimba, Lavender Height, Senawang. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan khas Aidilfitri kepada warga kerja yang memerlukan. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Majlis ini turut dihadiri oleh isteri kepada YBrs. Pengarah PPANS iaitu Puan Haslinda binti Basiron yang juga merupakan Pengerusi PUSPANITA PPANS. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MESYUARAT MAJLIS PENGARAH-PENGARAH PERPUSTAKAAN AWAM SE-MALAYSIA (MPAM) 12 Mac 2026 - Mesyuarat Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) Bil. 1/2026 telah diadakan di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam yang menghimpunkan pengarah-pengarah perpustakaan awam dari seluruh negara. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YM Hajah Ungku Noorakmal binti Ungku Sulaiman, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor. YBrs Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS turut hadir bagi menyertai perbincangan bersama barisan pengarah perpustakaan awam neger bagi membincangkan hala tuju serta strategi dalam memperkasa peranan perpustakaan sebagai pusat penyebaran ilmu dan pembangunan masyarakat sejajar dengan perkembangan semasa. Kehadiran Pengarah PPANS mencerminkan komitmen terhadap pemerkasaan sektor perpustakaan awam. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PROGRAM BICARA ILMU: RAMADAN DIRAI LAILATULQADAR DINANTI 12 Mac 2026 - Program Bicara Ilmu: Ramadan Dirai Lailatulqadar Dinanti telah dianjurkan oleh Pejabat Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Wanita WADANI) Negeri Sembilan dengan kerjasama Perpustakaan Awam Daerah Kuala Pilah. Program ini diadakan sebagai salah satu inisiatif bagi mengimarahkan bulan Ramadan di samping memberi pengisian ilmu serta meningkatkan penghayatan terhadap keistimewaan malam Lailatulqadar. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita Keluarga dan Masyarakat merangkap DUN Pilah. Antara pengisian yang diadakan adalah Persembahan Berzanji, sesi Bicara Ilmu: Ramadan Dirai Lailatulqadar Dinanti yang disampaikan Oleh Tuan Hj Norazman Bin Amat, Pengarah Jabatan Wakaf & Mal Negeri Sembilan, Cabutan Peserta Bertuah dan reruai pameran dan jualan. Turut hadir, YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS, Encik Mohamad Hadzriq bin ab Karim, Datuk-Datuk Penghulu DUN mewakil Pegawai Daerah Kuala Pilah. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PROGRAM WORLD #QURANHOUR 2026 11 Mac 2026 10.00 pagi Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Hari ini Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) turut serta dalam Program World #QuranHour 2026 yang diadakan serentak di seluruh negara. Program ini berkonsepkan pembacaan, penghayatan, tadabbur, dan mengamalkan Al-Quran secara bersama sebagai usaha mendekatkan masyarakat dengan kitab suci Al-Quran. Warga kerja PPANS dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Negeri Sembilan telah berkumpul secara fizikal dan maya bagi bersama-sama membaca dan menghayati isi kandungan Surah Al-Muzzammil (Orang yang berselimut). Misi World #QuranHour pada tahun ini memberi tumpuan kepada Surah Al-Muzzammil (Orang yang berselimut), iaitu surah ke-73 yang mengandungi 20 ayat dan berada dalam Juzuk ke-29. Sesi tadabbur Surah Al-Muzzammil (Orang yang berselimut) telah disampaikan oleh YM Ustaz Tengku Nor Iftah Bin Tengku Jamil, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang telah berkongsi penghayatan serta pengajaran yang terkandung dalam surah tersebut. Pada masa yang sama, PPANS turut mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Encik Mohd Nizam bin Yunos (Unit Kewangan PPANS). Warga kerja PPANS dan PNM Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan semangat membaca Al-Quran dalam kalangan warga kerja.
  • KUNJUNGAN DARIPADA FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA, USIM 10 Mac 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima kunjungan daripada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi mengadakan perbincangan awal kolaborasi antara kedua-dua pihak. Pertemuan ini bertujuan meneroka potensi kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan ilmu, penyelidikan serta inovasi. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak telah berkongsi pandangan dan idea berkaitan peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang. Kunjungan delegasi USIM pula diketuai oleh YBrs. Profesor Ir. Dr. Hafizal Mohamad, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, USIM. Perbincangan yang berlangsung ini diharap dapat menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara PPANS dan USIM pada masa akan datang. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PROGRAM SAMBUTAN HARI WANITA TAHUN 2026 9 Mac 2026 2.30 petang Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menganjurkan Program Sambutan Hari Wanita Tahun 2026 dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan dan BAKRIYAH Negeri Sembilan. Program ini diadakan bagi menghargai peranan dan sumbangan wanita dalam pelbagai bidang serta mengeratkan hubungan kerjasama antara agensi yang terlibat.Sementara itu, para hadirin turut berpeluang mengikuti ceramah bertajuk “Keseimbangan Emosi dan Peranan Wanita Masa Kini” yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Norazman bin Amat, Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Ceramah tersebut memberi penekanan kepada kepentingan membina kekuatan dalaman, menjaga keseimbangan emosi serta peranan wanita dalam menyeimbangkan tanggungjawab antara kerjaya, keluarga dan ibadah demi kesejahteraan diri dan masyarakat. Kemuncak program diserikan dengan sesi simbolik Sambutan Hari Wanita Tahun 2026 yang telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Datin Seri Hajah Wan Hasni binti Wan Yusof, Yang Dipertua BAKRIYAH Negeri Sembilan. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Datin Suriani binti Yahya, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan.
  • MESYUARAT AHLI LEMBAGA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN (PPANS) Bil.1/2026 7 Mac 2026 (Jumaat) 2.30 petang Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Wisma Negeri, Seremban Mesyuarat Ahli Lembaga PPANS Bil. 1/2026 telah dipengerusikan oleh YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan. Mesyuarat telah dihadiri oleh Ahli Lembaga PPANS:
  • SEJARAH LISAN - TOKOH AKADEMIK, SENIMAN DAN AKTIVIS BUDAYA DI NEGERI SEMBILAN 27 Februari 2026 - Program Sejarah Lisan melalui sesi Pengkisahan Sejarah Lisan bersama YBhg. Prof Adjung Dr. Ahmad Rashidi bin Hasan iaitu seorang tokoh akademik, seniman dan aktivis budaya terkemuka di Negeri Sembilan. Sesi temu bual yang dijalankan merupakan satu usaha pendokumentasian yang penting bagi merakam latar belakang serta kisah kehidupan tokoh sebagai bahan rujukan berharga. Inisiatif ini bertujuan untuk mengumpul maklumat autentik daripada sumber primer bagi memastikan warisan intelektual dan budaya Negeri Sembilan terus terpelihara. Hasil pengkisahan ini akan dimanfaatkan sebagai sebahagian daripada Koleksi Negeri Sembilan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) sekali gus memperkayakan sumber rujukan untuk generasi kini dan akan datang. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PELAKSANAAN AUDIT KENDIRI PERJAWATAN DAN ORGANISASI (AKPO) 11 Januari 2026 - Pelaksanaan Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah dilaksanakan dan proses pengauditan telah dijalankan oleh pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan yang diketuai oleh Puan Rosrita binti Mohamad Nordin. Sebelum proses pengauditan dijalankan, satu sesi pertemuan bersama Bahagian Pengurusan PPANS yang dipengerusikan oleh Puan Berdiana binti Hj.Berahim, Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan PPANS telah diadakan bagi menyelaras skop audit, kaedah pelaksanaan serta penyediaan dokumen berkaitan bagi memastikan proses audit berjalan lancar dan teratur. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • KUNJUNGAN HORMAT GALERI DIRAJA TUANKU JA’AFAR KE PPANS 10 Januari 2025 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima kunjungan hormat daripada Galeri Diraja Tuanku Ja’afar yang diketuai oleh Encik Mohd Khairil Hisham bin Mohd Ashaari, Kurator Galeri Diraja Tuanku Ja’afar bersama pegawai-pegawai iringan. Kunjungan ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi dalam usaha memperkasakan peranan institusi sebagai pusat rujukan ilmu dan warisan negeri. Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh pihak pengurusan PPANS dan sesi pertemuan telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MAJLIS IHYA RAMADAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN (PPANS) 6 Februari 2026 - Menjadi kebiasaan setiap tahun sempena menyambut bulan Ramadan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) akan mengadakan Majlis Ihya Ramadan yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat menghayati bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga PPANS dan Perpustakaan Desa PNM Negeri Sembilan. Antara pengisian utama majlis ini ialah bacaan yasin dan tazkirah sempena bulan Ramadan yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Nizam bin Yunos (Unit Kewangan PPANS). Pengisian rohani ini memberi peringatan kepada semua warga kerja tentang kepentingan mengimarahkan Ramadan dengan amalan-amalan yang baik dan berterusan. Majlis ini turut diserikan dengan ucapan daripada YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS yang menzahirkan harapan agar program seperti ini dapat terus menjadi platform dalam memupuk semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan warga kerja PPANS dan PNM Negeri Sembilan. Selain itu, majlis turut disertakan dengan Majlis Apresiasi Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat PPANS sebagai tanda penghargaan kepada pihak-pihak yang telah memberi sumbangan dan komitmen dalam menjayakan agenda organisasi. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • KURSUS ASAS PENGAWAS PUSAT SUMBER 30 Januari 2026 - Kursus Asas Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin telah diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pengawas pusat sumber mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengurus serta membantu operasi pusat sumber sekolah. Kursus ini telah disertai seramai 72 orang murid serta 4 orang guru pengiring. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca