A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • LOGO

    Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.


  • overdrive logo

    Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer . PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android) .

     

    Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia". Sila gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)- apabila diminta oleh sistem portal/aplikasi mudahalih Libby), ketika anda hendak meminjam atau membaca e-buku secara dalam talian.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • BLIS NEW LOGO
     
    Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<
  •  

    Pressreader

    Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • UNiLibrary logo

    UN iLibrary adalah sebuah repositori digital khusus yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyediakan akses secara komprehensif bagi memudahkan anda membuat carian kepada sumber-sumber rujukan dan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia memudahkan Pustakawan, pakar maklumat, cendekiawan, pelajar, penggubal dasar, orang yang berpengaruh dan orang awam yang ingin mengakses kepada pelbagai terbitan, jurnal, data, laporan serta terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UN iLibrary menyediakan enjin carian serta kaedah navigasi yang fleksibel dan cekap bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diingini. Setiap tahun, kira-kira 500 tajuk baru akan dimuatnaik ke UN iLibrary. Kira-kira 70% kandungannya dalam Bahasa Inggeris dan ia meliputi topik-topik berikut: Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Perhutanan; Kanak-kanak dan Belia; Demokrasi dan Tadbir Urus; Perlucutan senjata; Dadah, Jenayah dan Keganasan; Pembangunan Ekonomi dan Sosial; Persekitaran dan Perubahan Iklim, Hak Asasi Manusia dan Pelarian; Penyelesaian Manusia dan Isu Bandar, Undang-undang dan Keadilan Antarabangsa; Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa; Penghijrahan; Sumber Asli, Air dan Tenaga; Pengaman dan Keselamatan; Penduduk dan Demografi; Kesihatan Awam ; Pengangkutan dan Keselamatan Awam; Bangsa-Bangsa Bersatu; Isu Wanita dan Jantina. Kandungan disusun mengikut tajuk, tahun penerbitan dan mengikut abjad. Enjin carian juga tersedia.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    OokbeeBuffet icon175x175

    Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 Video 2 .

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • elaw Logo

    Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • selamat hari raya 2026
  • logo library PPANS
     
    www.nslibrary.gov.my
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
    Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2, 70300 Seremban
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No. Telefon : 06-7635989
    No. Fax : 06-7635944





25 April 2018

Tajuk :Jom Baca Bersama untuk 10 minit sehari
Tarikh Berita:25 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Persimpangan bertingkat kini dibuka
Tarikh Berita:25 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Negeri Sembilan
Tarikh Berita:25 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Sasar edar 45,000 al-Quran
Tarikh Berita:25 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Tunggu keputusan kementerian
Tarikh Berita:25 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Program merakyatkan perkhidmatan awam ahad ini
Tarikh Berita:25 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Persimpangan bertingkat Lekas dibuka
Tarikh Berita:25 April  2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Negeri Sembilan
Tarikh Berita:25 April  2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Projek lambat kerana masalah pengambilan tanah
Tarikh Berita:25 April  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Terima kasih
Tarikh Berita:25 April  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :MBNS, YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan merasmikan persimpangan bertingkat baharu Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas) di Temiang yang menelan belanja sebanyak RM55 juta yang telah siap pembinaannya dan dibuka untuk pengguna mulai semalam. Menurut beliau persimpangan tersebut memudahkan kira-kira 100,000 orang pengguna untuk keluar masuk ke kawasan berkenaan. Usaha ini sekaligus dapat mengatasi kesesakan bagi pengguna untuk ke bandar Seremban.
Tarikh Berita:25 April  2018
Akhbar :China Press

Tajuk :Rantau- MBNS, YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama #Tokmat bersama penduduk-penduduk Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Sawah semalam. Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan merangkap Mantan Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin.
Tarikh Berita:25 April  2018
Akhbar :China Press

23 April 2018

Tajuk :PPANS anjur program Jom Baca 10 Minit Sehari
Tarikh Berita:23 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Surat amaran sudah dilkeluarkan
Tarikh Berita:23 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Undang Kara Kampung Bayai
Tarikh Berita:23 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Jom baca bersama untuk 10 minit
Tarikh Berita:23 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Peniaga, isteri cemas kereta kena tembakan
Tarikh Berita:23 April  2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Potensi pembangunan di Labu
Tarikh Berita:23 April  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Misi pertahankan kerusi DUN Labu
Tarikh Berita:23 April  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

22 April 2018

Tajuk :Dua PBT kini jadi MBS
Tarikh Berita:22 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Portal kejayaan dilancarkan
Tarikh Berita:22 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :MDJL sedia tapak Bazar Ramadan
Tarikh Berita:22 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Wanita dalam Adat Perpatih
Tarikh Berita:22 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Inisiatif Yayasan Undang Johol
Tarikh Berita:22 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Perpustakaan awam ditransformasi bentuk digital
Tarikh Berita:22 April  2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Lima tahun tak naik
Tarikh Berita:22 April  2018
Akhbar :Harian Metro

21 April 2018

Tajuk :Proses memudahkan semua pihak : Mohamad
Tarikh Berita:21 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Peneroka lega keluhan didengar
Tarikh Berita:21 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Tuanku Muhriz rasmi Balai Bomba
Tarikh Berita:21 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Perasmian Balai Bomba
Tarikh Berita:21 April  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Balai Bomba Seri Menanti siap, dua lagi dalam pembinaan di NS
Tarikh Berita:21 April  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

19 April 2018

Tajuk :4 anggota polis terlibat kongsi gelap
Tarikh Berita:19 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Polis selesaikan 22 kes samun
Tarikh Berita:19 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Pengunjung selesa, peniaga gembira
Tarikh Berita:19 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Pegawai, tiga anggota pollis ditahan
Tarikh Berita:19 April  2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk : 4 polis ditahan kes jumpa 5 mayat
Tarikh Berita:19 April  2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :''Pemain Negeri Sembilan Pelik''
Tarikh Berita:19 April  2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Pegawai kanan polis antara suspek
Tarikh Berita:19 April  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Tuanku Muhriz berkenan berangkat ke graduasi Saser
Tarikh Berita:19 April  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Rembau Challenge 2018 berlangsung 7 Oktober
Tarikh Berita:19 April  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :4 cops held connecdtion to discovery of skeleta, remains
Tarikh Berita:19 April  2018
Akhbar :New Straits Times

18 April 2018

Tajuk :Klinik Kesihatan Jenis 3 di Palong
Tarikh Berita:18 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Jalan baharu galak ekonomi
Tarikh Berita:18 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Jenazah Napsiah selamat bersemadi
Tarikh Berita:18 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Napsiah selamat dikebumi
Tarikh Berita:18 April  2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :PNB bina 5,000 rumah mampu milik
Tarikh Berita:18 April  2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :PNB bina 5,000 rumah mampu milik mulai Jun
Tarikh Berita:18 April  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Negeri Sembilan lancar PPA1M 26 April ini
Tarikh Berita:18 April  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :PNB to build 5,000 affordable homes
Tarikh Berita:18 April  2018
Akhbar :New Straits Times

Tajuk :Sick girl gets surprise VIP visitor
Tarikh Berita:18 April  2018
Akhbar :New Straits Times

Tajuk :PNB launches maiden affordable housing projects
Tarikh Berita:18 April  2018
Akhbar :The Star

17 April 2018

Tajuk :Napsiah Omar meninggal dunia
Tarikh Berita:17 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Kes curi kabel menurun
Tarikh Berita:17 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Pengundi Jelebu diminta bertenang
Tarikh Berita:17 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Lembaran baharu buat Jempol
Tarikh Berita:17 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Tajaan diperingkat sarjana, PHD
Tarikh Berita:17 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :SK Gemas catat sejarah
Tarikh Berita:17 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Gadis terlantar sakit ceria jumpa MB
Tarikh Berita:17 April  2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :MB Negeri Sembilan mahu pertahan DUN Rantau
Tarikh Berita:17 April  2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :N. Sembilan
Tarikh Berita:17 April  2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Napsiah Omar meninggal dunia (2)
Tarikh Berita:17 April  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Bersama masyarakat sekitar Bahau serta Merasmikan Medan Niaga Bahau yang dinaiktaraf, Pusat Komersial Bahau dan Cawangan Majlis Perbandaran Jempol yang akan beroperasi tidak lama lagi di Pekan Bahau
Tarikh Berita:17 April  2018
Akhbar : Sin Chew Daily

Tajuk :Bersama penduduk Bandar Seri Jempol dan sekitar serta merasmikan Pra Pelancaran Majlis Perbandaran Jempol di Medan Selera Bandar Seri Jempol, Jempol
Tarikh Berita:17 April  2018
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Medan Niaga Bahau
Tarikh Berita:17 April  2018
Akhbar : China Press

Tajuk :Pra Pelancaran Majlis Perbandaran Jempol telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan di Medan Selera Bandar Seri Jempol
Tarikh Berita:17 April  2018
Akhbar : China Press

14 April 2018

Tajuk :Kenali Adat Benar Luak Johol
Tarikh Berita:14 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Kemudahan awam dipelihara
Tarikh Berita:14 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Dua kubur tanam lima mangsa bunuh
Tarikh Berita:14 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Utama Isu keperluan rakyat, ketepi kemahuan
Tarikh Berita:14 April  2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Lagi kubur rahsia ditemui di Negeri Sembilan
Tarikh Berita:14 April  2018
Akhbar :Kosmo

13 April 2018

Tajuk :Sasar 700 penyertaan
Tarikh Berita:13 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :84% bawah RM300,000
Tarikh Berita:13 April  2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :PRIMA tambah projek bawah RM300,000 untuk B40, M40
Tarikh Berita:13 April  2018
Akhbar :Berita Harian  

Tajuk :Pemilik Prima
Tarikh Berita:13 April  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Polis cari petunjuk baharu
Tarikh Berita:13 April  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :21,000 PRIMA Homes on offer at Negri Expo
Tarikh Berita:13 April  2018
Akhbar :New Straits Times

Tajuk :MB Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan Merasmikan Ekspo jualan perumahan N. Sembilan anjuran PR1MA di Dewan MPS yang bermula hari ini hingga 16 Apr 2018.
Tarikh Berita:13 April  2018
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan merasmikan pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Ulu Kanchong di Taman Forest Height, Senawang.
Tarikh Berita:13 April  2018
Akhbar : China Press

12 April 2018

Tajuk :Hari kecemerlangan, pertemuan tiga penjuru
Tarikh Berita:12 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Perluas Frog VLE di Negeri Sembilan
Tarikh Berita:12 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Ilham dek ikan salai
Tarikh Berita:12 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :BN Negeri Sembilan usaha tingkatkan jumlah keluar mengundi
Tarikh Berita:12 April  2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Rahsia 2 kubur tanam 5 mayat
Tarikh Berita:12 April  2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :MBNS menyampaikan bantuan di Wisma Negeri,Seremban semalam
Tarikh Berita:12 April  2018
Akhbar :China Press

10 April 2018

Tajuk :Dun Labu bakal berubah wajah, pembangunan semakin rancak
Tarikh Berita:10 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Geng 36 tumpas
Tarikh Berita:10 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :34, dicekup, aset RM1.1 juta disita
Tarikh Berita:10 April  2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Kenal pasti individu buat kecoh PRU-14
Tarikh Berita:10 April  2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Geng 36 Negeri Sembilan lumpuh selepas ketua , 33 ahli ditangkap
Tarikh Berita:10 April  2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Kertas siasatan kes Syamsul Debat diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya
Tarikh Berita:10 April  2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Pasar Waghih Kito ringankan sara hidup
Tarikh Berita:10 April  2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Cops arrest 34 members of Gang 36 in Negri
Tarikh Berita:10 April  2018
Akhbar :The Star

8 April 2018

Tajuk :Masalah banjir berakhir
Tarikh Berita:8 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Klik
Tarikh Berita:8 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Harga murah di Pasar Waghih kito
Tarikh Berita:8 April  2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Pasar Waghih Kito tawar harga barang lebih murah
Tarikh Berita:8 April  2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :MBNS bersama ibu bapa meraikan pelajar-pelajar kaum India yang cemerlang UPSR 2017 dalam majlis yang dianjurkan akhbar Nanban bersama Parti Makkal Sakti Negeri Sembilan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri Seremban semalam
Tarikh Berita:8 April  2018
Akhbar : Harian Tamil Malaysia Nanban

6 April 2018

Tajuk :Penolong Pegawai direman lima hari

Tarikh Berita:6 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Boleh ziarah kubur bukan islam
Tarikh Berita:6 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Sasar pelbagai aktiviti kebajikan
Tarikh Berita:6 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Lantik isteri tanam semula
Tarikh Berita:6 April 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Beri sokongan penuh calon pilihan pucuk pimpinan
Tarikh Berita:6 April 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :12 peniaga dikompaun atas pelbagai kesalahan
Tarikh Berita:6 April 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Penolong pagawai Risda direman lima hari
Tarikh Berita:6 April 2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Ít shows govt cares for civil servant, pensioners'
Tarikh Berita:6 April 2018
Akhbar :New Straits Times

Tajuk :Pelajar terbaik 2017 bagi N.Sembilan dan Melaka akan diraikan di Wisma Negeri, Seremban esok. Majlis tersebut dianjurkan oleh akhbar Harian Tamil Nanban
Tarikh Berita:6 April 2018
Akhbar :Harian Tamil Malaysia Nanban

5 April 2018

Tajuk :Lebih banyak rumah kategori A

Tarikh Berita:5 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Kerajaan teliti sedia sebuah lagi UTC
Tarikh Berita:5 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Pengurusan kondo seleweng?
Tarikh Berita:5 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Agenda perumahan warga ATM diutamakan
Tarikh Berita:5 April 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Kerajaan Negeri Sembilan bercadang meminda Dasar Perumahan Negeri Sembilan (DPNS) kerana permintaan tinggi terhadap Rumah Mampu Milik (RMM) Kategori A yang berharga RM80,000 ke bawah. Menerusi dasar ini kerajaan menetapkan
Tarikh Berita:5 April 2018
Akhbar :Nanyang Siang Pau

Tajuk :YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menyampaikan bantuan kepada NGO dan individu yang memerlukan di Wisma Negeri,Seremban semalam
Tarikh Berita:5 April 2018
Akhbar :Sin Chew Daily

4 April 2018

Tajuk :Pelaksanaan tak sekat hak bersuara

Tarikh Berita:4 April 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Pelan induk perumahan tentera dilancar
Tarikh Berita:4 April 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Akta antiberita tidak benar lindungi rakyat
Tarikh Berita:4 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Rangka tindak perumahan bagi anggota ATM miliki rumah sendiri
Tarikh Berita:4 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Siap 18 bulan lagi
Tarikh Berita:4 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Guna duit sumbangan beli cermin mata anak
Tarikh Berita:4 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Klik
Tarikh Berita:4 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Tindakan sedang diambil : SwCorp
Tarikh Berita:4 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Jangan kelirukan rakyat : Manickam
Tarikh Berita:4 April 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Pelan induk perumahan dilancar
Tarikh Berita:4 April 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Bukan sekat rakyat kritik kerajaan - Khairy
Tarikh Berita:4 April 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Affordable housing for armed forces
Tarikh Berita:4 April 2018
Akhbar :New Straits Times

3 April 2018

Tajuk : RUU anti berita tidak benar penting pada masa kini 

Tarikh Berita :3 April 2018
Akhbar : Sinar Harian

Tajuk : Pelaksanaan LDP diperluas
Tarikh Berita :3 April 2018
Akhbar : Sinar Harian

Tajuk : Penduduk orang asli mohon lampu jalan
Tarikh Berita :3 April 2018
Akhbar : Sinar Harian

Tajuk : APM sasar 60,000 sukarelawan
Tarikh Berita :3 April 2018
Akhbar : Sinar Harian

Tajuk : Mangsa putih beliung dapat bantuan
Tarikh Berita :3 April 2018
Akhbar : Sinar Harian

Tajuk : KKLW prihatin masalah penduduk
Tarikh Berita :3 April 2018
Akhbar : Sinar Harian

Tajuk : Kecewa usaha tak dihargai
Tarikh Berita :3 April 2018
Akhbar : Sinar Harian

Tajuk : Ramli ketua polis tampin baharu
Tarikh Berita :3 April 2018
Akhbar : Sinar Harian

Tajuk : Pasukan kuala pilah terbaik
Tarikh Berita :3 April 2018
Akhbar : Sinar Harian

Tajuk : APM yakin tarik 60,000 sukarelawan
Tarikh Berita :3 April 2018
Akhbar : Harian Metro

Tajuk : Cuti belajar gaji penuh
Tarikh Berita :3 April 2018
Akhbar : Harian Metro

Tajuk :Kemudahan cuti bergaji, skim biasiswa diperluas
Tarikh Berita :3 April 2018
Akhbar : Berita Harian

Tajuk :MBNS merasmikan pembukaan Wisma Dewan Perniagaan Perhimpunan China Negeri Sembilan (DPCNS) di Jalan Lobak,Seremban semalam.
Tarikh Berita :3 April 2018
Akhbar : China Press

Tajuk : YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ,MBNS menandatangi plak selepas merasmikan Pembukaan Wisma Dewan Perniagaan Perhimpunan China N.Sembilan (DPCNS) di Jalan Lobak, Seremban semalam. Dengan terbinanya bangunan tersebut maka DPCNS tidak perlu lagi menyewa di tempat lain.
Tarikh Berita :3 April 2018
Akhbar :Sin Chew Daily

2 April 2018

Tajuk :Naik taraf perniagaan masing-masing 

Tarikh Berita :2 April 2018
Akhbar : Sinar Harian

Tajuk :Ismail jadi calon Dun labu
Tarikh Berita :2 April 2018
Akhbar : Sinar Harian

Tajuk : Giliran haji tiba
Tarikh Berita :2 April 2018
Akhbar : Harian Metro

Tajuk : Remaja lelaki mengadu sakit rupanya dinodai rakan sendiri
Tarikh Berita :2 April 2018
Akhbar : Harian Metro

Tajuk : 1,500 jaga kesihatan sertai SUKINS 2018
Tarikh Berita :2 April 2018
Akhbar : Harian Metro

Tajuk : Kerjaya masa depan
Tarikh Berita :2 April 2018
Akhbar : Harian Metro

Tajuk : Nostalgia gelaran Dressar
Tarikh Berita :2 April 2018
Akhbar : Harian Metro

30 Mac 2018

Tajuk :Makmal halal pertama dunia di Malaysia 

Tarikh Berita:30 Mac 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :MyHac platform industri mohon sijil pengesahan halal
Tarikh Berita:30 Mac 2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Kekang kaki hasut
Tarikh Berita:30 Mac 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Kerajaan negeri puas hati persempadanan semula
Tarikh Berita:30 Mac 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Cadang RUU lindung ekonomi negara
Tarikh Berita:30 Mac 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Sekadar tukar nama sahaja
Tarikh Berita:30 Mac 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Medan lahir atlet pelapis
Tarikh Berita:30 Mac 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :500 keluarga nikmati projek perluasan kampung
Tarikh Berita:30 Mac 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Kerajaan berharap lebih ramai peniaga yang terlibat dalam jualan akan menurunkan harga 20% kurang dari harga pasaran untuk pengguna.
Tarikh Berita:30 Mac 2018
Akhbar :China Press

  • iftar 2026
  • mpam2026
  • ramadhan dirai
  • PROGRAM WORLD QURANHOUR 2026
  • KUNJUNGAN DARIPADA FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA USIM
  • PROGRAM SAMBUTAN HARI WANITA TAHUN 2026
  • MESYUARAT AHLI LEMBAGA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN PPANS
  • sejarah lisan 2026
  • PELAKSANAAN AUDIT KENDIRI PERJAWATAN DAN ORGANISASI AKPO
  • KUNJUNGAN HORMAT GALERI DIRAJA TUANKU JAAFAR KE PPANS
  • ihya ramadhan
  • kursus asas pengawas pusat sumber
  • Majlis Iftar Ramadan 1447H/2026M 14 Mac 2026 - Majlis Iftar Ramadan bersama warga kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Negeri Sembilan merupakan antara acara tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUKA) PPANS setiap kali menjelang bulan Ramadan. Pada tahun ini, majlis telah diadakan di The Rimba, Lavender Height, Senawang. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan khas Aidilfitri kepada warga kerja yang memerlukan. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Majlis ini turut dihadiri oleh isteri kepada YBrs. Pengarah PPANS iaitu Puan Haslinda binti Basiron yang juga merupakan Pengerusi PUSPANITA PPANS. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MESYUARAT MAJLIS PENGARAH-PENGARAH PERPUSTAKAAN AWAM SE-MALAYSIA (MPAM) 12 Mac 2026 - Mesyuarat Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) Bil. 1/2026 telah diadakan di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam yang menghimpunkan pengarah-pengarah perpustakaan awam dari seluruh negara. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YM Hajah Ungku Noorakmal binti Ungku Sulaiman, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor. YBrs Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS turut hadir bagi menyertai perbincangan bersama barisan pengarah perpustakaan awam neger bagi membincangkan hala tuju serta strategi dalam memperkasa peranan perpustakaan sebagai pusat penyebaran ilmu dan pembangunan masyarakat sejajar dengan perkembangan semasa. Kehadiran Pengarah PPANS mencerminkan komitmen terhadap pemerkasaan sektor perpustakaan awam. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PROGRAM BICARA ILMU: RAMADAN DIRAI LAILATULQADAR DINANTI 12 Mac 2026 - Program Bicara Ilmu: Ramadan Dirai Lailatulqadar Dinanti telah dianjurkan oleh Pejabat Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Wanita WADANI) Negeri Sembilan dengan kerjasama Perpustakaan Awam Daerah Kuala Pilah. Program ini diadakan sebagai salah satu inisiatif bagi mengimarahkan bulan Ramadan di samping memberi pengisian ilmu serta meningkatkan penghayatan terhadap keistimewaan malam Lailatulqadar. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita Keluarga dan Masyarakat merangkap DUN Pilah. Antara pengisian yang diadakan adalah Persembahan Berzanji, sesi Bicara Ilmu: Ramadan Dirai Lailatulqadar Dinanti yang disampaikan Oleh Tuan Hj Norazman Bin Amat, Pengarah Jabatan Wakaf & Mal Negeri Sembilan, Cabutan Peserta Bertuah dan reruai pameran dan jualan. Turut hadir, YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS, Encik Mohamad Hadzriq bin ab Karim, Datuk-Datuk Penghulu DUN mewakil Pegawai Daerah Kuala Pilah. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PROGRAM WORLD #QURANHOUR 2026 11 Mac 2026 10.00 pagi Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Hari ini Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) turut serta dalam Program World #QuranHour 2026 yang diadakan serentak di seluruh negara. Program ini berkonsepkan pembacaan, penghayatan, tadabbur, dan mengamalkan Al-Quran secara bersama sebagai usaha mendekatkan masyarakat dengan kitab suci Al-Quran. Warga kerja PPANS dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Negeri Sembilan telah berkumpul secara fizikal dan maya bagi bersama-sama membaca dan menghayati isi kandungan Surah Al-Muzzammil (Orang yang berselimut). Misi World #QuranHour pada tahun ini memberi tumpuan kepada Surah Al-Muzzammil (Orang yang berselimut), iaitu surah ke-73 yang mengandungi 20 ayat dan berada dalam Juzuk ke-29. Sesi tadabbur Surah Al-Muzzammil (Orang yang berselimut) telah disampaikan oleh YM Ustaz Tengku Nor Iftah Bin Tengku Jamil, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang telah berkongsi penghayatan serta pengajaran yang terkandung dalam surah tersebut. Pada masa yang sama, PPANS turut mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Encik Mohd Nizam bin Yunos (Unit Kewangan PPANS). Warga kerja PPANS dan PNM Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan semangat membaca Al-Quran dalam kalangan warga kerja.
  • KUNJUNGAN DARIPADA FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA, USIM 10 Mac 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima kunjungan daripada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi mengadakan perbincangan awal kolaborasi antara kedua-dua pihak. Pertemuan ini bertujuan meneroka potensi kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan ilmu, penyelidikan serta inovasi. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak telah berkongsi pandangan dan idea berkaitan peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang. Kunjungan delegasi USIM pula diketuai oleh YBrs. Profesor Ir. Dr. Hafizal Mohamad, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, USIM. Perbincangan yang berlangsung ini diharap dapat menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara PPANS dan USIM pada masa akan datang. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PROGRAM SAMBUTAN HARI WANITA TAHUN 2026 9 Mac 2026 2.30 petang Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menganjurkan Program Sambutan Hari Wanita Tahun 2026 dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan dan BAKRIYAH Negeri Sembilan. Program ini diadakan bagi menghargai peranan dan sumbangan wanita dalam pelbagai bidang serta mengeratkan hubungan kerjasama antara agensi yang terlibat.Sementara itu, para hadirin turut berpeluang mengikuti ceramah bertajuk “Keseimbangan Emosi dan Peranan Wanita Masa Kini” yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Norazman bin Amat, Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Ceramah tersebut memberi penekanan kepada kepentingan membina kekuatan dalaman, menjaga keseimbangan emosi serta peranan wanita dalam menyeimbangkan tanggungjawab antara kerjaya, keluarga dan ibadah demi kesejahteraan diri dan masyarakat. Kemuncak program diserikan dengan sesi simbolik Sambutan Hari Wanita Tahun 2026 yang telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Datin Seri Hajah Wan Hasni binti Wan Yusof, Yang Dipertua BAKRIYAH Negeri Sembilan. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Datin Suriani binti Yahya, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan.
  • MESYUARAT AHLI LEMBAGA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN (PPANS) Bil.1/2026 7 Mac 2026 (Jumaat) 2.30 petang Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Wisma Negeri, Seremban Mesyuarat Ahli Lembaga PPANS Bil. 1/2026 telah dipengerusikan oleh YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan. Mesyuarat telah dihadiri oleh Ahli Lembaga PPANS:
  • SEJARAH LISAN - TOKOH AKADEMIK, SENIMAN DAN AKTIVIS BUDAYA DI NEGERI SEMBILAN 27 Februari 2026 - Program Sejarah Lisan melalui sesi Pengkisahan Sejarah Lisan bersama YBhg. Prof Adjung Dr. Ahmad Rashidi bin Hasan iaitu seorang tokoh akademik, seniman dan aktivis budaya terkemuka di Negeri Sembilan. Sesi temu bual yang dijalankan merupakan satu usaha pendokumentasian yang penting bagi merakam latar belakang serta kisah kehidupan tokoh sebagai bahan rujukan berharga. Inisiatif ini bertujuan untuk mengumpul maklumat autentik daripada sumber primer bagi memastikan warisan intelektual dan budaya Negeri Sembilan terus terpelihara. Hasil pengkisahan ini akan dimanfaatkan sebagai sebahagian daripada Koleksi Negeri Sembilan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) sekali gus memperkayakan sumber rujukan untuk generasi kini dan akan datang. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PELAKSANAAN AUDIT KENDIRI PERJAWATAN DAN ORGANISASI (AKPO) 11 Januari 2026 - Pelaksanaan Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah dilaksanakan dan proses pengauditan telah dijalankan oleh pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan yang diketuai oleh Puan Rosrita binti Mohamad Nordin. Sebelum proses pengauditan dijalankan, satu sesi pertemuan bersama Bahagian Pengurusan PPANS yang dipengerusikan oleh Puan Berdiana binti Hj.Berahim, Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan PPANS telah diadakan bagi menyelaras skop audit, kaedah pelaksanaan serta penyediaan dokumen berkaitan bagi memastikan proses audit berjalan lancar dan teratur. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • KUNJUNGAN HORMAT GALERI DIRAJA TUANKU JA’AFAR KE PPANS 10 Januari 2025 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima kunjungan hormat daripada Galeri Diraja Tuanku Ja’afar yang diketuai oleh Encik Mohd Khairil Hisham bin Mohd Ashaari, Kurator Galeri Diraja Tuanku Ja’afar bersama pegawai-pegawai iringan. Kunjungan ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi dalam usaha memperkasakan peranan institusi sebagai pusat rujukan ilmu dan warisan negeri. Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh pihak pengurusan PPANS dan sesi pertemuan telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MAJLIS IHYA RAMADAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN (PPANS) 6 Februari 2026 - Menjadi kebiasaan setiap tahun sempena menyambut bulan Ramadan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) akan mengadakan Majlis Ihya Ramadan yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat menghayati bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga PPANS dan Perpustakaan Desa PNM Negeri Sembilan. Antara pengisian utama majlis ini ialah bacaan yasin dan tazkirah sempena bulan Ramadan yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Nizam bin Yunos (Unit Kewangan PPANS). Pengisian rohani ini memberi peringatan kepada semua warga kerja tentang kepentingan mengimarahkan Ramadan dengan amalan-amalan yang baik dan berterusan. Majlis ini turut diserikan dengan ucapan daripada YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS yang menzahirkan harapan agar program seperti ini dapat terus menjadi platform dalam memupuk semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan warga kerja PPANS dan PNM Negeri Sembilan. Selain itu, majlis turut disertakan dengan Majlis Apresiasi Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat PPANS sebagai tanda penghargaan kepada pihak-pihak yang telah memberi sumbangan dan komitmen dalam menjayakan agenda organisasi. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • KURSUS ASAS PENGAWAS PUSAT SUMBER 30 Januari 2026 - Kursus Asas Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin telah diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pengawas pusat sumber mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengurus serta membantu operasi pusat sumber sekolah. Kursus ini telah disertai seramai 72 orang murid serta 4 orang guru pengiring. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca