A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • LOGO

    Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.


  • overdrive logo

    Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer . PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android) .

     

    Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia". Sila gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)- apabila diminta oleh sistem portal/aplikasi mudahalih Libby), ketika anda hendak meminjam atau membaca e-buku secara dalam talian.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • BLIS NEW LOGO
     
    Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<
  •  

    Pressreader

    Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • UNiLibrary logo

    UN iLibrary adalah sebuah repositori digital khusus yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyediakan akses secara komprehensif bagi memudahkan anda membuat carian kepada sumber-sumber rujukan dan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia memudahkan Pustakawan, pakar maklumat, cendekiawan, pelajar, penggubal dasar, orang yang berpengaruh dan orang awam yang ingin mengakses kepada pelbagai terbitan, jurnal, data, laporan serta terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UN iLibrary menyediakan enjin carian serta kaedah navigasi yang fleksibel dan cekap bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diingini. Setiap tahun, kira-kira 500 tajuk baru akan dimuatnaik ke UN iLibrary. Kira-kira 70% kandungannya dalam Bahasa Inggeris dan ia meliputi topik-topik berikut: Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Perhutanan; Kanak-kanak dan Belia; Demokrasi dan Tadbir Urus; Perlucutan senjata; Dadah, Jenayah dan Keganasan; Pembangunan Ekonomi dan Sosial; Persekitaran dan Perubahan Iklim, Hak Asasi Manusia dan Pelarian; Penyelesaian Manusia dan Isu Bandar, Undang-undang dan Keadilan Antarabangsa; Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa; Penghijrahan; Sumber Asli, Air dan Tenaga; Pengaman dan Keselamatan; Penduduk dan Demografi; Kesihatan Awam ; Pengangkutan dan Keselamatan Awam; Bangsa-Bangsa Bersatu; Isu Wanita dan Jantina. Kandungan disusun mengikut tajuk, tahun penerbitan dan mengikut abjad. Enjin carian juga tersedia.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    OokbeeBuffet icon175x175

    Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 Video 2 .

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • elaw Logo

    Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • selamat hari raya 2026
  • logo library PPANS
     
    www.nslibrary.gov.my
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
    Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2, 70300 Seremban
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No. Telefon : 06-7635989
    No. Fax : 06-7635944





29 Oktober 2018

Tajuk :Henti sebar khabar angin Adun Pilah

Tarikh Berita:29 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Menteri Besar NS
Tarikh Berita:29 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :500 peserta beradu tenaga
Tarikh Berita:29 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Jumpa penyewa tak balik-balik
Tarikh Berita:29 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :MDJL tak tahu premis sedia GRO
Tarikh Berita:29 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :NS sita kilang kitar semula
Tarikh Berita:29 Oktober 2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Henti sebar khabar angin tidak benar tentang ADUN Pilah
Tarikh Berita:29 Oktober 2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Negeri Sembilan pula perangi kilang plastik haram
Tarikh Berita:29 Oktober 2018
Akhbar :Kosmo

27 Oktober 2018

Tajuk :Kementerian komited basmi pelajar tercicir

Tarikh Berita:27 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Darjah kebesaran Najib, Rosmah ditarik serta merta
Tarikh Berita:27 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Kempen bantu lonjak imej pasar tani
Tarikh Berita:27 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Pembatalan sertra merta selepas mesyuarat khas
Tarikh Berita:27 Oktober 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk : Darjah kebesaran ditarik balik
Tarikh Berita:27 Oktober 2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Istana N. SEmbilan tarik darjah Najib, Rosmah
Tarikh Berita:27 Oktober 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Najib and Rosmah stripped of titles
Tarikh Berita:27 Oktober 2018
Akhbar :The Star

Tajuk :Najib, Rosmah stripped of Negri titles
Tarikh Berita:27 Oktober 2018
Akhbar :New Straits Times

25 Oktober 2018

Tajuk :'Tak benar saya letak jawatan'

Tarikh Berita:25 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Sasar Felda sifar dadah menjelang 2020
Tarikh Berita:25 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :'Beliau masih bertugas'
Tarikh Berita:25 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :ADUN Pilah nafi letak jawatan kerana masalah kesihatan
Tarikh Berita:25 Oktober 2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Tuanku Canselor USIM lawat henan China
Tarikh Berita:25 Oktober 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

22 Oktober 2018

Tajuk :Kesal tindakan pemandu teksi

Tarikh Berita:22 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Çuma perlu minta maaf sahaja'
Tarikh Berita:22 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Sasar OTP 85 peratus tahun depan
Tarikh Berita:22 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Sasar capai 85 peratus OTP di lapangan terbang tahun depan
Tarikh Berita:22 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Rancang bangun hab maritim dalam MVV
Tarikh Berita:22 Oktober 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Tempoh setahun laksana peraturan baharu
Tarikh Berita:22 Oktober 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Kerajaan tidak abai pemandu teksi
Tarikh Berita:22 Oktober 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

20 Oktober 2018

Tajuk :Seremban : Jutawan diseru menyumbang bagi membantu mangsa tsunami di Palu Sulawesi Indonesia. Majlis penyerahan sumbangan Tabung Misi Kemanusian ke Palu, Sulawesi Tengah Indonesia daripada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan telah diadakan di Wisma Negeri semalam. Ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu mangsa tsunami di Palu. Setakat ini tabung berkenaan telah mencecah RM 26,481.20 sejak dilancarkan dan Negeri Sembilan mensasarkan sebanyak RM 50,000 bagi membantu mangsa berkenaan. Negeri Sembilan turut akan menghantar sukarelawan belia ke wilayah terjejas pada 22 Oktober nanti bagi mengenal pasti bentuk bantuan yang diperlukan.

Tarikh Berita:20 Oktober 2018
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Seremban : Majlis penyerahan sumbangan Tabung Misi Kemanusian Palu Sulawesi Tengah dari jabatan dan agensi kerajaan telah diadakan di Wisma Negeri semalam. Sumbangan yang diterima bagi membantu mangsa Palu amat menbanggakan. Sehingga kini jumlah sumbangan untuk tabung berkenaan telah mencecah RM 26,481.20 sejak ianya dilancarkan oleh Menteri Besar N.Sembilan pada minggu lepas. Bagaimanapun kerajaan negeri mensasarkan kutipan sebanyak RM 50,000.
Tarikh Berita:20 Oktober 2018
Akhbar :China Press

Tajuk :Mohon jutawan bantu mangsa bencana di Palu
Tarikh Berita:20 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :'Jangan salahkan kerajaan'
Tarikh Berita:20 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :52 pelajar tahfiz keracunan
Tarikh Berita:20 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Keganasan; Wanita jadi mangsa emosi
Tarikh Berita:20 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Lebih 2,300 paket rokok disita
Tarikh Berita:20 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Kompleks pakar dibina
Tarikh Berita:20 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Mungkin salah tafsir
Tarikh Berita:20 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :52 pelajar keracunan jamah ayam kunyit
Tarikh Berita:20 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Gaji tak potong
Tarikh Berita:20 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Tangkapan besar-besaran haiwan berkeliaran
Tarikh Berita:20 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Majikan tidak boleh halang pekerja Islam tunai solat jumaat
Tarikh Berita:20 Oktober 2018
Akhbar : Kosmo

Tajuk :Anwar mulakan tugas Ahli Parlimen
Tarikh Berita:20 Oktober 2018
Akhbar : Kosmo

Tajuk :52 tahfiz students fall ill after eating 'ayam masak kunyit'
Tarikh Berita:20 Oktober 2018
Akhbar :New Straits Times

Tajuk :Nod for RM 130m specialist complex for PD Hospital
Tarikh Berita:20 Oktober 2018
Akhbar :New Straits Times

19 Oktober 2018

Tajuk :Pelajar ponteng sekolah diselamatkan bomba

Tarikh Berita:19 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Tak perlu panik ; Exco
Tarikh Berita:19 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Siasat pesta arak; MB
Tarikh Berita:19 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :2,000 dijangka sertai Minggu Inovasi
Tarikh Berita:19 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :1,352 perokok dikompaun
Tarikh Berita:19 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Percuma
Tarikh Berita:19 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Tindakan tegas pemilik harta gagal lunas cukai
Tarikh Berita:19 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Sampai cikgu datang pujuk
Tarikh Berita:19 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Bomba selamatkan pelajar ponteng
Tarikh Berita:19 Oktober 2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Cubaan lari 6 pelajar ponteng sekolah gagal
Tarikh Berita:19 Oktober 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

 

16 Oktober 2018

Tajuk :Kes HFMD di NS menurun

Tarikh Berita:16 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Kaviti gigi penyebab kemurungan
Tarikh Berita:16 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Tiga projek besar bakal dibangun di Port Dickson
Tarikh Berita:16 Oktober 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Negeri Sembilan bebas wabak HFMD
Tarikh Berita:16 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Rangka tiga projek terbesar
Tarikh Berita:16 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

15 Oktober 2018

Tajuk :Pelancaran

Tarikh Berita:15 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Galak pemaju bina rumah mesra warga emas; exco
Tarikh Berita:15 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Ambil kesempatan
Tarikh Berita:15 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Bina rumah mesra warga emas
Tarikh Berita:15 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :MPPD sambut baik penganjuran sukan untuk tarik pelancong
Tarikh Berita:15 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Nilai pemilikan hartanah asing dinaikkan
Tarikh Berita:15 Oktober 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

11 Oktober 2018

Tajuk :Jujur berniaga

Tarikh Berita:11 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Pengunjung mengadu harga barang, makanan mahal
Tarikh Berita:11 Oktober 2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Jangan libatkan golongan B40
Tarikh Berita:11 Oktober 2018
Akhbar :Utusan Malaysia

Tajuk :Kurangkan monopoli warga asing
Tarikh Berita:11 Oktober 2018
Akhbar :Kosmo

Tajuk :Seremban- MBNS melancarkan Tabung Misi Kemanusiaan dan Sukarelawan Belia, Gempa Bumi Palu Sulawesi Tengah, Indonesia semalam.
Tarikh Berita:11 Oktober 2018
Akhbar : China Press

Tajuk :Seremban- MBNS memberitahu, kerajaan negeri telah menggubal dasar milikan harta untuk warga asing dan menetapkan agar dinaikan nilaian harta berjumlah RM2 juta sahaja yang dibenarkan untuk pembeli di daerah Seremban,Nilai,Port Dickson
Tarikh Berita:11 Oktober 2018
Akhbar :Sin Chew Daily

10 Oktober 2018

Tajuk :Usaha bantu pembeli teraniaya

Tarikh Berita:10 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :SOP wajar diseragamkan
Tarikh Berita:10 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Tapak pelupusan sampah kawasan larangan
Tarikh Berita:10 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Negeri Sembilan komitet selesai isu rumah terbengkalai
Tarikh Berita:10 Oktober 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Perkeso serah bantuan
Tarikh Berita:10 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Selesai masalah projek terbengkalai
Tarikh Berita:10 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

4 Oktober 2018

Tajuk :MB ambil alih Hospital Mawar

Tarikh Berita:4 Oktober 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Peruntukan tambahan RM500,000 bantu Sulawesi
Tarikh Berita:4 Oktober 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Ambil sikit ringan beban
Tarikh Berita:4 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Mahu pastikan caj ke atas pesakit rendah
Tarikh Berita:4 Oktober 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Govt to donate another RM500,000 to victims
Tarikh Berita:4 Oktober 2018
Akhbar :New Straits Times

28 September 2018

Tajuk :Lantikan kontrak dua tahun

Tarikh Berita:28 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Projek PPR Labu diteruskan
Tarikh Berita:28 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Jempol, Gemas dibangunkan
Tarikh Berita:28 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Beri tempoh pulih Bersatu NS
Tarikh Berita:28 September 2018
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Projek PPR Desa Sutera Labu diteruskan
Tarikh Berita:28 September 2018
Akhbar :Berita Harian

Tajuk :Penyumbang beri idea jula makanan sejuk beku
Tarikh Berita:28 September 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Terus projek PPR Desa Sutera Labu
Tarikh Berita:28 September 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Jempol, Gemas pembekal sumber makanan utama
Tarikh Berita:28 September 2018
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :MB; Greater Focus on Jempol, Gemas
Tarikh Berita:28 September 2018
Akhbar :New Straits Times

  • iftar 2026
  • mpam2026
  • ramadhan dirai
  • PROGRAM WORLD QURANHOUR 2026
  • KUNJUNGAN DARIPADA FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA USIM
  • PROGRAM SAMBUTAN HARI WANITA TAHUN 2026
  • MESYUARAT AHLI LEMBAGA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN PPANS
  • sejarah lisan 2026
  • PELAKSANAAN AUDIT KENDIRI PERJAWATAN DAN ORGANISASI AKPO
  • KUNJUNGAN HORMAT GALERI DIRAJA TUANKU JAAFAR KE PPANS
  • ihya ramadhan
  • kursus asas pengawas pusat sumber
  • Majlis Iftar Ramadan 1447H/2026M 14 Mac 2026 - Majlis Iftar Ramadan bersama warga kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Negeri Sembilan merupakan antara acara tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUKA) PPANS setiap kali menjelang bulan Ramadan. Pada tahun ini, majlis telah diadakan di The Rimba, Lavender Height, Senawang. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan khas Aidilfitri kepada warga kerja yang memerlukan. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Majlis ini turut dihadiri oleh isteri kepada YBrs. Pengarah PPANS iaitu Puan Haslinda binti Basiron yang juga merupakan Pengerusi PUSPANITA PPANS. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MESYUARAT MAJLIS PENGARAH-PENGARAH PERPUSTAKAAN AWAM SE-MALAYSIA (MPAM) 12 Mac 2026 - Mesyuarat Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) Bil. 1/2026 telah diadakan di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam yang menghimpunkan pengarah-pengarah perpustakaan awam dari seluruh negara. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YM Hajah Ungku Noorakmal binti Ungku Sulaiman, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor. YBrs Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS turut hadir bagi menyertai perbincangan bersama barisan pengarah perpustakaan awam neger bagi membincangkan hala tuju serta strategi dalam memperkasa peranan perpustakaan sebagai pusat penyebaran ilmu dan pembangunan masyarakat sejajar dengan perkembangan semasa. Kehadiran Pengarah PPANS mencerminkan komitmen terhadap pemerkasaan sektor perpustakaan awam. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PROGRAM BICARA ILMU: RAMADAN DIRAI LAILATULQADAR DINANTI 12 Mac 2026 - Program Bicara Ilmu: Ramadan Dirai Lailatulqadar Dinanti telah dianjurkan oleh Pejabat Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Wanita WADANI) Negeri Sembilan dengan kerjasama Perpustakaan Awam Daerah Kuala Pilah. Program ini diadakan sebagai salah satu inisiatif bagi mengimarahkan bulan Ramadan di samping memberi pengisian ilmu serta meningkatkan penghayatan terhadap keistimewaan malam Lailatulqadar. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita Keluarga dan Masyarakat merangkap DUN Pilah. Antara pengisian yang diadakan adalah Persembahan Berzanji, sesi Bicara Ilmu: Ramadan Dirai Lailatulqadar Dinanti yang disampaikan Oleh Tuan Hj Norazman Bin Amat, Pengarah Jabatan Wakaf & Mal Negeri Sembilan, Cabutan Peserta Bertuah dan reruai pameran dan jualan. Turut hadir, YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS, Encik Mohamad Hadzriq bin ab Karim, Datuk-Datuk Penghulu DUN mewakil Pegawai Daerah Kuala Pilah. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PROGRAM WORLD #QURANHOUR 2026 11 Mac 2026 10.00 pagi Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Hari ini Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) turut serta dalam Program World #QuranHour 2026 yang diadakan serentak di seluruh negara. Program ini berkonsepkan pembacaan, penghayatan, tadabbur, dan mengamalkan Al-Quran secara bersama sebagai usaha mendekatkan masyarakat dengan kitab suci Al-Quran. Warga kerja PPANS dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Negeri Sembilan telah berkumpul secara fizikal dan maya bagi bersama-sama membaca dan menghayati isi kandungan Surah Al-Muzzammil (Orang yang berselimut). Misi World #QuranHour pada tahun ini memberi tumpuan kepada Surah Al-Muzzammil (Orang yang berselimut), iaitu surah ke-73 yang mengandungi 20 ayat dan berada dalam Juzuk ke-29. Sesi tadabbur Surah Al-Muzzammil (Orang yang berselimut) telah disampaikan oleh YM Ustaz Tengku Nor Iftah Bin Tengku Jamil, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang telah berkongsi penghayatan serta pengajaran yang terkandung dalam surah tersebut. Pada masa yang sama, PPANS turut mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Encik Mohd Nizam bin Yunos (Unit Kewangan PPANS). Warga kerja PPANS dan PNM Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan semangat membaca Al-Quran dalam kalangan warga kerja.
  • KUNJUNGAN DARIPADA FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA, USIM 10 Mac 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima kunjungan daripada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi mengadakan perbincangan awal kolaborasi antara kedua-dua pihak. Pertemuan ini bertujuan meneroka potensi kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan ilmu, penyelidikan serta inovasi. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak telah berkongsi pandangan dan idea berkaitan peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang. Kunjungan delegasi USIM pula diketuai oleh YBrs. Profesor Ir. Dr. Hafizal Mohamad, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, USIM. Perbincangan yang berlangsung ini diharap dapat menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara PPANS dan USIM pada masa akan datang. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PROGRAM SAMBUTAN HARI WANITA TAHUN 2026 9 Mac 2026 2.30 petang Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menganjurkan Program Sambutan Hari Wanita Tahun 2026 dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan dan BAKRIYAH Negeri Sembilan. Program ini diadakan bagi menghargai peranan dan sumbangan wanita dalam pelbagai bidang serta mengeratkan hubungan kerjasama antara agensi yang terlibat.Sementara itu, para hadirin turut berpeluang mengikuti ceramah bertajuk “Keseimbangan Emosi dan Peranan Wanita Masa Kini” yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Norazman bin Amat, Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Ceramah tersebut memberi penekanan kepada kepentingan membina kekuatan dalaman, menjaga keseimbangan emosi serta peranan wanita dalam menyeimbangkan tanggungjawab antara kerjaya, keluarga dan ibadah demi kesejahteraan diri dan masyarakat. Kemuncak program diserikan dengan sesi simbolik Sambutan Hari Wanita Tahun 2026 yang telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Datin Seri Hajah Wan Hasni binti Wan Yusof, Yang Dipertua BAKRIYAH Negeri Sembilan. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Datin Suriani binti Yahya, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan.
  • MESYUARAT AHLI LEMBAGA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN (PPANS) Bil.1/2026 7 Mac 2026 (Jumaat) 2.30 petang Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Wisma Negeri, Seremban Mesyuarat Ahli Lembaga PPANS Bil. 1/2026 telah dipengerusikan oleh YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan. Mesyuarat telah dihadiri oleh Ahli Lembaga PPANS:
  • SEJARAH LISAN - TOKOH AKADEMIK, SENIMAN DAN AKTIVIS BUDAYA DI NEGERI SEMBILAN 27 Februari 2026 - Program Sejarah Lisan melalui sesi Pengkisahan Sejarah Lisan bersama YBhg. Prof Adjung Dr. Ahmad Rashidi bin Hasan iaitu seorang tokoh akademik, seniman dan aktivis budaya terkemuka di Negeri Sembilan. Sesi temu bual yang dijalankan merupakan satu usaha pendokumentasian yang penting bagi merakam latar belakang serta kisah kehidupan tokoh sebagai bahan rujukan berharga. Inisiatif ini bertujuan untuk mengumpul maklumat autentik daripada sumber primer bagi memastikan warisan intelektual dan budaya Negeri Sembilan terus terpelihara. Hasil pengkisahan ini akan dimanfaatkan sebagai sebahagian daripada Koleksi Negeri Sembilan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) sekali gus memperkayakan sumber rujukan untuk generasi kini dan akan datang. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PELAKSANAAN AUDIT KENDIRI PERJAWATAN DAN ORGANISASI (AKPO) 11 Januari 2026 - Pelaksanaan Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah dilaksanakan dan proses pengauditan telah dijalankan oleh pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan yang diketuai oleh Puan Rosrita binti Mohamad Nordin. Sebelum proses pengauditan dijalankan, satu sesi pertemuan bersama Bahagian Pengurusan PPANS yang dipengerusikan oleh Puan Berdiana binti Hj.Berahim, Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan PPANS telah diadakan bagi menyelaras skop audit, kaedah pelaksanaan serta penyediaan dokumen berkaitan bagi memastikan proses audit berjalan lancar dan teratur. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • KUNJUNGAN HORMAT GALERI DIRAJA TUANKU JA’AFAR KE PPANS 10 Januari 2025 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima kunjungan hormat daripada Galeri Diraja Tuanku Ja’afar yang diketuai oleh Encik Mohd Khairil Hisham bin Mohd Ashaari, Kurator Galeri Diraja Tuanku Ja’afar bersama pegawai-pegawai iringan. Kunjungan ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi dalam usaha memperkasakan peranan institusi sebagai pusat rujukan ilmu dan warisan negeri. Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh pihak pengurusan PPANS dan sesi pertemuan telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MAJLIS IHYA RAMADAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN (PPANS) 6 Februari 2026 - Menjadi kebiasaan setiap tahun sempena menyambut bulan Ramadan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) akan mengadakan Majlis Ihya Ramadan yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat menghayati bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga PPANS dan Perpustakaan Desa PNM Negeri Sembilan. Antara pengisian utama majlis ini ialah bacaan yasin dan tazkirah sempena bulan Ramadan yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Nizam bin Yunos (Unit Kewangan PPANS). Pengisian rohani ini memberi peringatan kepada semua warga kerja tentang kepentingan mengimarahkan Ramadan dengan amalan-amalan yang baik dan berterusan. Majlis ini turut diserikan dengan ucapan daripada YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS yang menzahirkan harapan agar program seperti ini dapat terus menjadi platform dalam memupuk semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan warga kerja PPANS dan PNM Negeri Sembilan. Selain itu, majlis turut disertakan dengan Majlis Apresiasi Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat PPANS sebagai tanda penghargaan kepada pihak-pihak yang telah memberi sumbangan dan komitmen dalam menjayakan agenda organisasi. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • KURSUS ASAS PENGAWAS PUSAT SUMBER 30 Januari 2026 - Kursus Asas Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin telah diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pengawas pusat sumber mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengurus serta membantu operasi pusat sumber sekolah. Kursus ini telah disertai seramai 72 orang murid serta 4 orang guru pengiring. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca